Blogger Backgrounds

Followers

~ Renungan Bersama ~

Waktu2 Penting

Rabu, 26 Februari 2014



Bismillah..

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.. 

Orang kata kawan dan sahabat adalah dua perkara yang berbeza. 

Kawan mudah dicari tetapi tidak sahabat. Kita boleh berkawan 

dengan sesiapa sahaja dan memiliki seberapa ramai 

kawan yang kita mahu. 

Namun sahabat hanyalah untuk orang tertentu sahaja. Sahabat lebih

 akrab hubungannya. Susah senang segalanya boleh dikongsi 

bersama. Dan kerana itulah kita sering mendengar kata-kata seperti

 ini; “waktu kita senang, ramai kawan yang menghampiri, tetapi

waktu kita susah ramai kawan yang lari’. dan “kawan ketawa 

senang dicari, kawan menangis susah dicari”



Persahabatan tidak terjalin secara tiba-tiba tetapi memerlukan 

proses yang panjang seperti menajamkan besi. Persahabatan 

diwarnai dengan pelbagai pengalaman suka dan duka, dihibur, 

disakiti, diperhatikan, dikecewakan, didengar, diabaikan, dibantu, 

ditolak.



Antara perkara yang sering menyebabkan runtuhnya sebuah 

persahabatan ialah masalah perniagaan (wang), ketidakbukaan, 

ketidaksetiaan, perubahan perasaan, dan kehilangan kepercayaan.

 Mempunyai seorang sahabat sejati lebih berharga daripada seribu 

teman yang mementingkan diri sendiri. 

Memang tidak ramai antara kita yang mempunyai sahabat. Yang 

ramai ialah kawan. Mungkin ada orang menganggap pasangannya

 adalah juga sahabatnya. Dan tidak kurang juga yang menjadikan 

kawan sebagai sahabatnya. Yang pasti setiap daripada kita 

sekurang-kurangnya mempunyai seorang sahabat yang boleh kita 

berkongsi segala cerita. Dan juga sahabat itu sudah tentu kita 

percayakannya sepenuh hati. Sebagai seorang sahabat pula 

selayaknya  memegang segala amanah, menyimpan segala rahsia

 sahabat itu tadi. 

Kepercayaan antara salah satu perkara penting dalam bersahabat. 

Hilangnya kepercayaan sahabat kepada kita pasti meruntuhkan tali 

persahabatan. Sekali kita merosakkan kepercayaan seorang sahabat

 kepada diri kita susah utk dia mempercayai kita. 



1. Peganglah rahsia sahabat anda dengan baik kerana ia 

melambangkan nilai diri anda sebenarnya. 

2. Jangan sekali-kali bercerita hal keburukan orang. Bercerita 

perihal keburukan orang sebenarnya akan memberi kesan negatif 

pada diri anda. Orang akan menilai anda daripada sikap anda itu. 

3. Peliharalah rahsia orang terutama sekali hal-hal yang melibatkan

 maruah seseorang. Walau seberat manapun rahsia tersebut 

simpanlah ia dengan rapi. 

4. Bercakaplah yang benar, tidak perlu mereka-reka cerita semata-

mata untuk meraih simpati orang. Apabila kebenaran terserlah tentu

  sekali anda akan dibenci dan tidak dipercayai. 

5. Jangan mengumpat di belakang, lebih baik mengata di depan 

walaupun ia akan menimbulkan pergaduhan. Ini adalah lebih baik 

daripada bermanis-manis muka di depan tetapi menikam kawan 

dari belakang. 

6. Berlaku baik dengan ikhlas bukannya disebabkan ada ‘agenda’ 

disebalik kebaikan itu. 



Teman itu layaknya cermin, jika engkau ingin mengetahui dirimu, lihatlah dengan siapa engkau berteman. Rasul saw bersabda,

المؤمن مر آه (اخيه)المؤمن
Seorang mukmin merupakan cerminan saudaranya yang mukmin.” 

HR. Al-Bukhari dalam Al-Adabul Mufrad, no. 239; Abu Dawud, no.4918 [Ash-Shahihah, no. 926])

Memilih teman bukanlah perkara remeh, Islam memerintahkan kita untuk memilih siapa yang menjadi teman kita. Rasulullah saw bersabda,

المرء على دين خليله فلينظر احدكم من يخالل
Seseorang itu berada pada agama teman karibnya, maka hendaklah salah seorang di antara kalian melihat siapakah yang dia jadikan teman karibnya.” 

(HR. Abu Dawud, At-Tirmidzi, dan Ahmad)





Dalam Islam, faktor memilih kawan amat dititikberatkan. 

Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, 

kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk 

personaliti individu. 

Sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih

 sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. 


 Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan 

penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, 

manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan 

mencarikkan baju kita.” 

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai 

berpesan kepada anak lelakinya ; “Wahai anakku, sekiranya 

engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka 

hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :  


1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu. 

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan 

membalas balik persahabatan kamu.

3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan 

membantu kamu. 

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia

 akan menerimanya dengan baik

5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, 

dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu. 

6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan 

menutupnya. 

7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan     

mengusahakannya. 

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia 

akan menanyakan kesusahan kamu. 

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan 

meringankan kesusahan kamu. 

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan 

membenarkan kamu 

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan      

membantu kamu. 

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang      

 mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.  

13. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang 

melakukan perkara buruk dan maksiat. Dia mendorongmu 

mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. 






Adat dlm berkwn, pasti bukan sentiasa harmoni ... pastinya dilanda ombak juga kengkadang.. =) .. Benarlah, yg susah senang itu bukan mudah utk kita temui... Kita pulak kawan yang bagaimana? 

Kadang2, buat diri nie terfikir .. Aku kena jadi kawan yg baik kepada kawan2 aku... Sedikit demi sedikit aku tanamkan kasih pd mereka... Sedikit demi sedikit aku cuba berubah utk menerima sikap2 mereka yg pelbagai... Aku cuba, cuba dan cuba... Dan sebagai manusia biasa, aku pun boleh terduduk kecewa bila ada diantara kawan yg xmngmbil berat perasaan aku seperti aku mengambil berat tentangnya... Biasalah... mungkin kecewa itu terjadi bila kita meletakkan harapan yg tinggi pada makhluk yg pasti binasa.. 

Kadang2 kita anggap dia rapat dgn kita, tapi dia hnya anggap kita kawan2 biasa sj... Sungguh, kita xtau apa pandangn org pada kita.. Tapi biarlah apa yg kita lakukan, baik dipandangan Allah...  

Harapan itu biarlah hnya pada Allah. Bergantunglah hnya pada Allah wahai narah...

Bila aku rasakan bakal mencetuskan perbalahan... cara yg aku usahakan sekarang, berdiam diri @ ubah ton suara (tenang) @ ubah topik lain... Biarlah jika pendapat kita tdk didengari.. tapi pastikan kita ada stand sendiri.. =)

Hati perempuan... mudah benar terguris... Bagiku, jika mereka meminta maaf pada aku, ianya dh cukup buatkan hati aku lembut balik.. =) .. Sungguh, meminta maaf itu seperti punyai kuasa utk naturalkan aku.. 

Doa dalam diam tanda kita sayang.. =)

Lebih baik kita doakan sentiasa buat insan2 yg kita sayang... utk umat Islam ... Allah tu sentiasa mendengar permintaan hambaNya.. 

Bersahabat biarlah diniatkan kerana Allah... Masuk syurga biar sama2... Teguran yg diberikan tnda kita ambil berat... Nak tarik dari tergelongsor ke neraka... Sungguh, aku sgt hargai bila ada yg bagi teguran supaya aku dpt lagi perbaiki yg mana aku jahil.. 

Kau tau rasanya bila kita pikir tu teguran dari Allah?? =') .. Sebak, bersyukur, rasa disayangi...  Allah nk baikkan kita lagi.. Baiknya Allah... Memang, teguran datang dari pelbagai bentuk... Kadang2 sampai kita xsedar tu teguran darinya...

Jenis aku... biarlah yg tegur itu kata2nya tak sakitkan hati... Sbb aku lebih mudah menerima kata2 yg baik2... Xperlu guna kekerasan dgn aku.. Xperlu nk kata belakang... xperlu nk nasihat secara umum padahal hakikatnya ditujukan pada aku... xperlu nk sinis2.. Sungguh, lagi susah utk aku nk trima kalu beginilah caranya...

Sungguh, kalu ada apa yg tertanya2 ka, nk nasihat ka... Directlah pada aku... 

Moga kita bertambah soleh dan solehah dari masa ke semasa...  



Isnin, 24 Februari 2014




Bismillah...

Alhamdulillah.... untuk hari nie... 

Isk2.. nakai sungguh aku hari nie... perbaiki narah... jgn melampaui batas... sikit2 dahla usik mengusik nie... takut laqha... 

Pensyarah a.k.a mentor aku pun , aku usik... Tula jadinya bila dah rapat.. ramahnya terlebih sikit.. Tapi usikan pun kena tgk dia tu sapa, kawan ke, pensyarah ke, mak ayah ke... Cara ngusik kena lain skit la... =)

Tula... nk wat mcm manala aku nie... Sungguh, suka sgt menyakat org (sejak bila xtaula, tp makin suka sakat org bila dh abeh sekolah menengah, xpun dok bertatih dah time sek aritu, Dulu time sek xbnyk ckp.. qhasanyalah.. hihi)... Maybe aku suka tgk depa tersenyum agaknya... xpun, mengusik ni dapat elakkan aku dari nmpk garang n mudah masukkan aku dgn org sekeliling...

Hai la... dh tahu aku ada hati,, kurang2la smiley... dapat seketul smiley td walaupun just dlm msj... Hati yg tgh nk berbunga tu, aku cantas cepat2... T_T.. Stg dok pikiaq lebih2 plak...

Sungguh, mmg aku msj ngn lain jantina xda smiley2 n haha, hihi tuu.. aku cuba elakkan walaupun time bca msj depa kengkadang aku tergelak, rasa mcm nk haha blik... Aku cuba elakkan... maybe jadi slh satu prinsip aku... Kalu muka sedih, aku buat... Sbb aku maybe dh tahu hati aku mcm mana... cpt terusik ka, cpt apa2 jela... jadi aku ambil jalan jaga hati aku mcm nie....

Tapi bila perbincangan di luar... muka kena maniskan... tmbh2 nk jadi cikgu nie... Jgn dok berlebihan senyum meleret sudahla... Biarlah berpada dalam lakukan apa pun... =)

Klu ngn prempuan,, serius aku xkedekut nk gelak atau smiley sampaikan aritu ada yg tegur aku asyik senyum ja... 

Tadi, perjumpaan mentor mentee ngn Mentor kesayangan... mcm biasa ada sahaja yg beliau beri perkongsian n dorongan... xkedekut langsung utk share ilmunya... May Allah bless u Ustaz... ^__^ 

Ustaz kata, nakkan sesuatu kena ada angan2 dulu... Nnti baru kita ada rasa terdorong nak realisasikan angan2 tu... Tadi kena senaraikan angan2 yg kami masing2 nak... Bnyak kalu nk diikutkan... xsempat nk pikir tadi... Ada beberapa ja yg tersenarai.. =) 

Nnti nk kena senaraikan balik ... Jadikan list yg nk dicapai...
Allah, permudahkanlah... Terkeluaq gak tadi aim nk kawin bawah umur brapa... =) ... Lagi cepat lagi menjaga hati dan menjaga diri.. kannnn... 

Kalau ada ruang utk aku, aku xminta yg melampau2... sekadar mengikut apa yg diperlukan.. 

Sungguh, kejap aku rasa jauh, kejap dekat .. Terseksanya rasa mcm nie.. andai dah dimiliki, bahagianya dapat menjaga hati... 

Hati segala galanya. Jika di didik dengan baik maka baiklah.

Semoga setiap dari kita, makin soleh dan solehah dari masa ke semasa... makin kuat menjaga hati dari fitnah dunia... Fi Hifzillah.. =)











Bismillah..


Alhamdulillah... Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. 


WHICH THEN OF THE BOUNTIES OF YOUR LORD WILL YOU DENY? (AL-RAHMAN 36)


Bila dapat elaun nie, laju ja duit tu makin dikit, makin dikit.. bak air yg mengalir.. Kadang2 trasa bagai, wah... kejap dah tinggai bnyak nie..

Mcm tula setiap sem... Aku dan adik bradik lain mmg dididik mcm nie.. kebanyakan guna duit sendiri.. Biar xbergantung sgt pada mak ayah... Jarangla nk minta dibelanjakan... Tapi , jgn slh faham, yg mana di bawah tanggungjawab mak ayah, depa akan sediakan la.. ^__^  

Sekarang rasa mcm dah malas nk pikir... nak banding2 dgn kehidupan orang lain.. Oh, depa nie mcm nie, kawan nuu plak mcm tu.. Allah dah bg yg terbaik dah utk kita... masing2 ada ujian hidup tersendiri,.. Ya, xsama... 

Balik hujung minggu nie, beli barang yg nk beli dgn mak... sbb bila beli sendiri, satg bnyak yg xkena... nk kena ada mak jugak sbb bley minx pendapat..

Lagipun, slalunya pilihan atau barang yg aku bekenan mesti xsama taste ngn mak n kakak2 aku yg len.. isk2... mak kata aku nie old fashion... hihi... Tulakan, mata kita nie xsama... Hang nmpak cantik, bekenan tapi dia sikit pun tak..

Tapi bila mak n kakak atau adik bradik len bg pendapat n taste depa, slalunya aku xbnyak songeh.. kiranya boleh trima n nk pakai barang tu... 

Emm, pertama kali borong dua jenis kasut yg ada brand.. niat supaya tahan lebih lama.. aminn.. moga2... mak siap bg tempoh g... hihi.. Mestila duit sendiri.. Kasut utk praktikum, n kasut sukan.. =) .. Alhamdulillah.. 

Lepas tu, bayaq2 sikit pada mam, n kakak2.. =) .. Lepastu, runsing pula pikir nk bli handbag.. oh mai... Alasan nak handbag... 'Praktikum'... hihi... alasan bagai kau narah.. Tapi tahan diri dari nk bli, pikir kasut lebih diperlukan... 


Tup2, kakak nom 2 bg handbag2nya tadi... berpeluang la dia merasa yg baru.. =) .. semoga dipermudahkan rezki ye kakak ku... cantik2 lagi beg tu... alhamdulillah... jimat duit.. xpayah bli baru... 

Allah bg adik bradik yg ramai... rezki bila dapat barang2 dari kakak, abg n adik... =) .. Dari kakak nom 3, dapat jam tadi... jam kita yg ada terputus plak .. Alhamdulillah... 


WHICH THEN OF THE BOUNTIES OF YOUR LORD WILL YOU DENY? (AL-RAHMAN 36)


Lepastu, tadi jugak dh bg balik hp yg dipinjam dari mak... hp aku dh lama rosak... pakai hp yg standby ja nie.. Alhamdulillah...ada la jugak kan dari xdak langsung... Hp free yg dapat bila guna line family celcom aritu kot... 

Kol tnya abg ke 4 tu (yg aku bercita-cita nk amek hp dia bila dia beli baru) ... Tnya , bila nk bli baru n gtau aku cadang nak bli.. sbb dah pulangkan pada mak yg dipinjam tu...        ( Haritu abg offer suruh bli kat Ipoh dulu aku xmau, katanya nk tunggu hp dia jugak.. last2 nk kna bli jugak..^__^)

Lepas tu, lama sikit abg kol n mesej,, xbg aku bli lg.. Bila blik kg nnti, bli ja kat Kedah... dia support sikit.. Alhmdulillah... dipermudahkan lg oleh Allah... Abg suh guna dlu hp free tu.. ^_^ .. ok.. baik bro.. 

Sungguh,, xterkira nikmat yg Allah bagi pada kita... Beberapa hari nie saja, bnyk pemberian Allah pada aku.. walaupun kalau tgk xla sebesar mana (mcm dapat rumah ka), tapi ianya amat aku hargai... sbb diberi melalui adek bradek aku.. 

Tu blom kira nikmat2 yg lain... Freenya udara yg kita sedut... Tubuh badan yg sihat.. Organ2 yg berfungsi dengn baik.. Dpt tidur yg nyenyak... Kawan2 yg pelbagai... Nikmat menuntut ilmu... MashaAllah.... sungguh, xterkira... 

Maka, bersyukurlah kita sentiasa kepadaNya... patuhlah pada suruhanNya... jauhilah laranganNya... Bgaimana sukar pun, buatlah kerana Allah... 


“Hakikat syukur bukan di lisan sahaja” - 

Al-Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid







Jumaat, 21 Februari 2014

~ Sebak ~



Bismillah..

Alhamdulillah... syukur pada Allah 'ala kulli hal...

Walaupun kurang sehat , aku gagahkan diri ke kuliah... malas nak layan rasa sakit.. xlarat dah nk baring2 kat bilik... biarlah ada faedah skit ke kuliah.. 

Mungkin emosi aku agak mudah terganggu bila dalam keadaan xsehat mcm nie.. =') ... 

Bila berbincang ngn rakan2 berkenaan isu PPIM nie, pastinya hang aku masing2 beremosi... walaupun aku pun tidak bersetuju, tapi aku cuba kawal nada , cara aku bercakap.. mungkin mood nk pung pang tu xda sbb badan yg agak lemah... lagipun, mmg aku dlm penghijrahan utk berckp lebih baik...

Bila dlm keadaan beremosi.... kita jadi lupa.. lupa utk berfikir sebelum keluarkan kata2.. Ya, peringatan buat aku jugk.. aku pun seorng yg emosional.. pastinya bukan sikap yg baik.. 

Kita jadi lupa, semua yg berlaku tu ketentuanNya... Allah yg beri itu dan ini utk kita.. utk uji kita.. mudah melatahkah kita?? sabar kah kita? diamkah kita? trimakah kita?? T__T..

Sungguh,, aku tetiba sebak... sebak sgt pagi tadi... Aku kasihkah mereka... Cuba sebaiknya berkata dgn nada yg tenang... "Satu ja kita kena ingat, setiap yg Allah bg nie ada hikmah... Mungkin dari segi program kita xdapt faedah.. tapi dari segi bagaimana kita nk handle org2 yg kita kena nie... maybe boleh buat kita lebih bersabar masa depan nanti... lagi mcm2 org kita nk jumpa dunia luar nnti"

Bila aku dh xdpt bendung rasa sebak tu.. bergegas aku ke Zahirah... Ya, cuaca pagi tu mendung seperti hatiku.. Aku bukan terasa dgn kekasaran mereka berkata2 (sbb beremosi time tu), aku jadi sebak sebb kita nie slalu lupa setiap yg berlaku tu Allah yg bagi, Allah yg izinkan ianya berlaku... Aku xdapat nk luahkan dgn kata2... Rasa hati ini sgt rumit...

Mungkin juga sebak nie sbb aku xdapat nk cri kata2 yg sesuai utk cool downkan hati2 mereka yg kecewa.. kecewa dgn pengurusan.. kecewa dgn tidak boleh bersuaranya kami.. kecewa dgn apa2 lah yg berkaitan PPIM.. sehinggakan kerisauan ku menjadi-jadi bilamana mereka jauh hati dgn PPIM disebabkan apa yg terjadi selama ini... 
Allahu... dorongilah kmi dgn kebenaran, kekuatan dan kesabaran... utk hadapi apa yg berlaku... Sungguh, aku kasihkan shbt2 aku..  =')

Zahirah ajak aku ke luar kelas, bilamana air mata xmampu lagi dibendung.. Bila diluahkan, kata dia "Xpa, kita jadikan pengajaran" means, lain kali bila jadi something, kami tdk sebegitu.. Ya, dia mmg pendengar yg baik.. 

Lepastu, trus kol Encik... Dan ya... masih KECEWA... masa tu aku xtau mcm mana nk sampaikan pada kwn2 yg lain.. tiada alasan yg ditrima... pastinya kena.. entahlah mengapa berat utk kmi libatkan diri dgn kawad... boleh dikatakan semua pulak tu.. mungkin permulaannya adalah paksaan.. 

Sungguh, aku pinta padaNya yg terbaik.. Aku pun sgtlah bimbang pikirkan apa yg akan terjadi lepas nie.. T__T.. Allahu, berilah yg terbaik... Tgh2 brckp ngn Zerah,, tup2 dia kluaq... hnya tundukkan wajah dan masuk ke kelas... Ya, masih gugup bila berselisih begitu.. 

Tadi... ada kata2nya yg sepertinya memberikan aku harapan... Aku xbrapa nk ingt susunan ayatnya.. tapi bila aku bca balik apa yg ditulisnya sebelum2 nie , ya seperti harapan itu beransur-ansur hilang... Aku takut, takut sgt menaruh harapan... Walaupun Puan kata tadi, mmg mula2 xda perasaan, tapi perasaan tu boleh berubah.. Pndai pulak dia bercakap sebegitu dalm kelas hari ini.. Puan pun nmpk terkejut.. 

Sungguh, aku rasa sgt malu, segan , xselesa bila soal hati, perasaan ditimbulkan waktu kuliah.. Walaupun dah berlalu T__T

Semoga aku trus kuat dan kuat hadapi hari2 yg mendatang... Perlu sibukkan diri agar xsempat memikirkannya lagi.. 

Studies show that pretending not to miss someone actually 

causes your mind to miss them even more.

Hmmm... kena hiasi diri dgn zikir... bnyak ingtkan mati.. pasti dapat hindarkannya.. =) .. Sesungguhnya dgn mengingati Allah, hati akan tenang... 

Oh my... esok pukul 10.30 ada kuiz... Baca?? isk2 blom lagi.. Jam menunjukkan hmpir pukul 1.00 .. truk bebenor kau narah nk mula bca.. stail last minit xdapat nk dibendung lagi.. 

Semoga urusan kita semua dipermudahkan esok hendaknya.. aminnnn... Narah, cuba lagi berckp dgn nada yg tenang bila dalam keadaan yg genting.. latih lagi diri utk bersabar.. Mmg mudah berkata sabar, tapi nak aplikasinya... hnya Allah yg tahu betapa sukarnya... 




Isnin, 17 Februari 2014

~ Belajar Menghargai ^_^ ~



Bismillah..

Alhamdulillah... alhamdulillah... alhamdulillah... atas nikmat Iman dan Islam yg Allah berikan... 

Biar hari ini lebih baik dari kelmarin, dan esok lebih baik dari hari ini... Setiap kali nk tidur mlm, minta pada Allah moga hari esok lebih baik dan lebih kuat utk brubah.. =)

Dh lama dh terpikir-pikir ... dulu bunyi, depa xsama dgn itu, depa xmcm nie... bila Allah dh tunjukkan pada aku dan kwn2 lain... baru buat aku terpikir... sungguh, setiap yg berlaku ada hikmahnya... =) ... dan pastinya... DEPA tulah yg memang sesuai bersama hg 5 taun setengah kat maktab nie.. 

Patutnya kita lebih hargai apa yg Allah beri pada kita...sebb apa?? Sebb Allah dah tahu yg mana lebih sesuai dengn diri kita... sekarang baru nampak.... Geram mcm mana pun dgn depa, terasa mcm mana pun,,, cepat ja hati nie memaafkan... mungkin sebb kita dh tanam kasih sayang kepada mereka.. 

Bila kita dh sayang, mmg hati mudah memaafkan... =) ,, just take time... Ofkoslah, apa2 pun kita pasti nk yg terbaik buat insan2 yg kita sayang... kannnn... 

Wahai diri.... kata2 sebegitu biar masuk telinga kiri, keluar telinga kanan... naaa narah naaa... Kuatkan diri moga boleh maju ke hadapan... nak jadi pendidik nie, mcm2 lagi karenah yg hang akan jumpa narah... Sabar, sabar dan sabar... 





Jumaat, 14 Februari 2014



Bismillah..

Alhamdulillah... atas sgl kurniaan Nya... =) 

Dua hari lepas, ada trima panggilan dari unit Bimbingn dan Kaunseling... xpernah2... Diminta untuk bertemu keesokannya tu... Dok pikir la jugak hal apa... lepas tu tnya Nana (K11).. dia kata ada yg praktikum kat maktab nie dan nak jadikan kita kliennya... mcm tu la kot...

Bila dah jumpa tuu... ntahla. Perasaan pertama yg aku rasa time tu.... XSELESA.. T__T.. lepastu, asyik ditanyakan dan disuruh luah itu dan ini jika ada apa yg terpendam...

Tetiba ja nk kena luahkan kat dia... kenal pun tidak.. rapat apatah lagi.. lagipun xpernah terpikir pun sebelum nie nak jumpa kaunseling... Lepas tu, bukannya nak tnya aku dgn bg hint ka apa ka... dok suruh aku crita ja apa nk crita.. mmg xla... 

Mmg dia nk jadikan kliennya... katanya susah nk dapatkan klien.. Tapi the whole pertemuan hari tu, aku xselesa, rasa didesak, dia bagai xikhlas menyoal, ayat terlalu formal (sbb dia rakam) ... oh my, rasa macam nak diluahkan apa yg aku rasa, tapi xsampai hati.. T_T

Lagi satu, slalunya org yg dijadikan tmpat bercerita adalah org yg lebih kurang fikrahnya dgn aku... sbb bnyak bnda brkaitan agama yg menjadi tanda tnya dan tindakan apa yg perlu aku ambil..

Petangnya tu, kol ayah.. crita itu dan ini pastu ayah suruh sambung sembang dgn mak... Aku minta pndangn mak n ayah.. ofkos.. tu bnda yg slalu aku buat.. maklumkan sentiasa pada org tersyg.. Kata ayah, bgtau trus nnti kata xmau truskan.. mak pula seperti biasa, nampak kerisauannya... Dia kata " dari bnda tu, apa yg hang dapat?"

Tu soalan mak yg buat aku terpikir.. kata aku, aku xperlukan org lain setakat nie.. cukup ada Allah, family dan kawan baik aku... Pastu mak kata, hang tu dah bnyak hal lain yg nak dibuat, takut nnti terganggu.. Cumanya mungkin buat aku berat hati bila kakak tu kata susah nk cri klien... Tapi bila dh sembng ngn mak ayah, aku ada hak untuk xmeneruskan sesi2 tu lagi.. sbb pertemuan tu bukannya buatkan aku lebih tenang, tapi lebih resah dan gelisah... =')

Keduanya... kenapala timbul pulak hal PPIM nie.. Allah... sungguh menguji kesabaran... kami disuruh masuk kawad kaki utk sukan tahun nie hnya disebabkan alasan Pandu Puteri xdapat nk siapkn uniform depa... T__T.. riuh jugak kelas bila dapat tau... Aku sebagai bekas ketua sem 3, kena amek tindakan... cewahhh.. hihi... Saffa ( ketua utk sem 4) pun xmau dah... dia pun sruh aku jumpa Encik yg bertanggungjawab... 

Udahla dalam keadaan xrela nk msuk PPIM... (sbb tringin nk masuk pengakap... sepanjang sekolah dlu aku dah PPIM.. T_T) .. Then, sijil apa pun xdak... tunggang langgang .. apa motif hmpa tubuhkan PPIM... ? nk tau gak.. dgq lani mcm xda pun adik2 junior masuk PPIM... kalu ada xpala.. isk2.. terkontang kanting 18 org ahli tu... Pengurusan yg bermasalah, kami plak yg kena tanggung.. Allahu... ujian Allah narah...

Esok, kalau ada masa, kena pi jumpa ngn Encik tu... bincang bebaik... Allah, mudahkanlah... sungguh2 kami xmau.. kami pun ada hak gak untuk menolak.. moga2 dipermudahkan urusan nnti... aminnn

















~ Mutiara Islam ~

Ukhuwah Fillah... ^_^