Blogger Backgrounds

Followers

~ Renungan Bersama ~

Waktu2 Penting

Rabu, 28 September 2011

~Semakin Dekat Dengan Kematian~

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. masih diberi masa untuk bernafas..

Diri ini semakin dekat dengan waktu kematian...
Mati adalah pasti..
Umur semakin meningkat..

Allahuakbar,, amalanku pula bagaimana??
Makin bertambah baik atau masih ditakuk yang lama??
Muhasabah kembali wahai diri...

Tanggal 28 September setiap tahun..
Umur menginjak naik...
Bukan masanya untuk bergembira sahaja, tapi perlu diiringi dengan kesedihan..
Refleksi kembali, apa yg dh dilakukan pd usia yg telah lalu.. 

Suatu perkara yg mengejutkan diri ini... perkara yg xterjangka...
Kawan(intan come ^_^) datang bilik..
bersamanya ada kek...katanya
"ada org bagi kat ag"

Diri semakin pelik, sapala yg kasi kek nie..
Beberapa minit kemudian, dah tawu sapa tuan empunya badan yg bagi..
Terima kasih bebanyak.. alhamdulillah, dengan izin Allah jugak...

Sehingga kini masih xtwu napa dia bagi..
Nak kata rapat, biasa ja..
Kwan2 punya jawapan...
"maybe duit elaun dia lebh bnyak kot"
"Napa eak dia bgi kat ag, ada apa2 ka?"

^_^
Macam2 yang ditanya dan dikata...
Wallahu'alam..
diri nie pun xtwu sebabnya..
segan nak tanya,cukuplah sekadar mengucapkan 'terima kasih'

Sebenarnya,kali pertama dapat kek dari org lain, dan kali kedua dapat kek time hari mcm nie...
^_^

Semestinya perlu disambut dgn sahabat k18 (muslimah) yg disayangi... bli kek lagi sebiji  supaya mencukupi makan sepuluh org...

Alhamdulillah, hari itu hari yg sgt perlu dihargai...
Allah...sesungguhnya Dia yang lebih Mengetahui apa yg terbaik untuk hambaNya..

Time makan2 2,, dapat present dari Nurul Nadiah yg share ngan Intan... Aini Husna dan Fazriena..
Alhamdulillah.. xpernah terfikir akan dapat hadiah dari sahabat...

Cukuplah sekadar doa dari mereka... juga persahabatan yang terjalin moga bertahan andai dilanda ombak dan ribuk...
Sangat sayang pada sahabat2 muslimah K18..
Walaupun mmg bnyak perkara negetif atau salah faham berlaku,diri ini tetap akan tabahkan hati dan pertahankan persahabatan yang telah terjalin ini...

Ya Allah,, ampunilah segala dosa dan kesalahan sahabat2 ku ini... aku sangat menyayangi persahabatan yg terjalin dgn izinMu ini.. ya Allah.. tabahkanlah dan kuatkanlah hati2 kami menghadapi hidup yg dipinjamkan ini...


Isnin, 19 September 2011

~ Marah : Bagaimana cara atasinya? ~

   
Custom Glitter Text



Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bernafas, memperbaiki diri sedikit demi sedikit dalam segala aspek...

Marah? Pemarahkah kita?? 



Sifat marah sangat berkait rapat dengan sifat sombong (ego). lagi besar ego seseorang tu, lagi besar marahnya. 

Kenapa mesti kita marah?? kadang2 sebab hal kecik ja, mudah benar kita melenting, kan?
Contohnya :
" isk, kenapa lambat sangat lampu merah nie?"
Kadang2 cikgu masuk ke kelas tanpa diduga pun bleh cetuskan rasa marah. " Kata xmau masuk, awat ada ja"

Banyak sangat perkara yang bila kita teliti balik, benda 2 xsepatutnya kita marah. Marah 2 biarlah bertempat.
Yela, kta nie manusia, kadang2 terlampias jugak marah 2...

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah nak tengok macam mana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah. Bila terjadi sesuatu 2, dahulukan dengan lafaz
" Inna lillahi wainna ilaihi raaji'un"

Cuba kita rehatkan diri dari kata2 "Kalaula" dan "Barangkali". 

Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah-lembut itu. Ahnaf menjawab : "Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada suatu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yg berisi daging panggang yg masih panas. 

Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemangang yg panas itu jatuh terkena anak kecil Qias. Menjerit-jeritlah si kecil itu. Kesakitan dan kepanasan itu telah menyebabkannya meninggal dunia. 

Qais dengan tenang berkata kepada hambanya yg sedang pucat dan menunggu hukuman "aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi mulai hari ini aku akan membebaskan kamu". Begitulah pemaafnya Qais bin Asim.

 Kata Ahnaf mengakhiri cerita, bukannya Qais tdk menyayangi anknya ttp Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah.


Marah apabila tidak dibendung, maka akan membawa kepada perkara di luar batasan. Perkara yang kecil bila disimpan kemas tanpa cuba diperbaiki dan memaafkan, lama2 akan meletus, susah nak reda. Dalam Islam, segalanya ada. Termasukla bagaimana untuk mengawal marah.


Pertama:
Melatih diri bersifat bersangka baik, sabar dan tenang dalam menghadapi apa2 jenis situasi. Bukan mudah kan nak jadi macam ni. Dan xramai orang yg sebegini. 

Kedua:
Hendaklah sesorang itu menguatkan jiwanya ketika mana dia hendak marah, ingat juga baik buruk marah yang akan dihamburkan dan ingat juga kelebihan orang yang menahan marah dan memaafkan kesalahan orang lain. Firman Allah swt :

"Org2 yg bertakwa ialah org yg berinfak baik diwaktu lapang ataupun sempit, dan org2 yg menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan org lain dan Allah mencintai org2 yg berbuat kebaikan"
(Ali-Imran:134)

Nabi SAW bersabda bermaksud :

"sesiapa yg menahan marah sedangkan dia mampu melepaskan marahnya Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di depan sekalian makhluk sehingga Allah memberinya pilihan untuk dia memilih mana2 bidadari"
(hadith riwayat Ahmad, Abu Daud & At-Tirmizi)

"tidak ada seseorang hamba menahan marah kerna Allah ta'ala melainkan Allah akan memenuhinya dgn keamanan dan keimanan"
(hadith riwayat Abu Daud)

Ketiga:

Meminta perlindungan kepada Allah Ta'ala daripada syaitan yg direjam. Firman Allah Ta'ala :


"dan jika syaitan datang menggodamu maka berlindunglah kepada Allah. Sungguh, Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui" (Al-A'raf:200)

2 org lelaki bermaki-makian di depan Nabi, salah seorang daripada mereka memaki seorang lagi dgn keadaan merah padam mukanya kerana kemarahan.
Nabi SAW bersabda maksudnya :

"sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah kalaulah kalimah tersebut diucapkan oleh org yg marah itu nescaya akan hilang kemarahannya iaitu aku berlindung dgn Allah Ta'ala daripada syaitan yg direjam"
(hadith riwayat Bukhari dan Muslim)




Keempat:

Kalu kita dalam keadaan marah, ubahla kedudukan kita. Dari berdiri kepada duduk.

Nabi SAW bersabda maksudnya :

"apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring"
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

Kelima:


Diam. Tidak berkata-kata. Sebab kadang2 bila bercakap boleh menambahkan kemarahan dan memburukkan keadaan. Dan bila kemarahan telah reda, akan terlintaslah rasa bersalah kerana melulu menghamburkan marah... Kadang2 diam itu lebih baik...  


Nabi SAW bersabda maksudnya :

"apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam"  Nabi saw mengucapkannya 3 kali"
(Hadith riwayat Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)



Keenam:


Berwuduk, di mana kemarahan datang daripada syaitan yg dicipta drpd api. Maka yg demikian, yg dpt memadamkan api ialah air yg dapat diperoleh daripada berwuduk demikian dengan izin Allah dapat meredakan kemarahan.. 



Nabi SAW bersabda maksudnya :


"sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk"(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

"Ketahuilah sesungguhnya kemarahan adalah bara yg marak menyala di dalam hati anak adam"
(Hadith riwayat Ahmad & Tarmizi)

Rujukan: Al-Wafi Fi Syarhil Arbai'in an-Nawawiyyah oleh Dr Mustafa al-Bugho dan Dr Muhyiddin Mistu.

Serba sedikit perkongsian bagaimana nak atasi kemarahan.. Sejujurnya diri nie pun xterlepas dari sifat mazmumah nie.. Baca, fahami dan amalkan cara2 atas nie... insyaALLAH... jika diniatkan kerana Allah, pasti lama-kelamaan mudah untuk kita kawal kemarahan dan mudah juga untuk kita memberikan kemaafan antara satu sama lain..


Siapa kita untuk mengadili dan menghukum sesama kita... Allah lebih berhak atas segalanya..


Benar, jika kita marah pada sesuatu atau seseorg, hakikatnya kita marah pada Allah. Na'uzubillah... boleh hayati kisah di atas. Sebab Allah yg telah mengatur segala-galanya untuk melihat dan menilai kita, sejauh mana kesabaran kita dengan ujian-Nya.


Muhasabah kembali diri kita.. Adakah kerap kita menghamburkan marah? xkirala pada manusia atau keadaan sekeliling... Kalu ditilik dan diteliti dalam2.. terlalu bnyk..


Sesetengah manusia juga, berbangga dgn sifat marahnya. Bagi individu sebegitu, sifat marahnya membuatkan org sekeliling menghormatinya..


Padahal, hanya dihadapannya shj ditonjolkan rasa hormat, puji dan segala yang berkaitan, tapi bila dibelakangnya, timbullah pelbagai rasa tidak puas hati, lantas terjadilah ghibah(mengumpat)...
Realitinya bnyk sebegitu...

Persoalannya, adakah dengan kemarahan akan menyelesaikan segal perkara? Masing2 ada pendapat tersendiri.. ^_^ .. kerna kita mmg dicipta berlainan sikap dan pemikiran...


Diri nie juga terlalu bnyk kekurangan dan kelemahan... Moga perkongsian ini sedikit sebnyak memberi manfaat sesama kita... Cuba sebaiknya menghindari diri dari sifat tercela ini...


^_^ .. Impian sebelum mencapai umur 30,, dapat mengawal marah yang cepatnya meletus dari diri... Alhamdulillah,, sedikit sebanyak dapat diatasi dengan izin-Nya...

Allah mendengar segala luahan dan aduan kita. Sebagai hamba-Nya yang fitrahnya mmg lemah, sentiasala berdoa dan meminta pada Allah.. letakkanlah kebergantungan hanya pada Dia. Kerna Allah xpernah mengecewakan hamba-Nya.. Subhanallah... ^_^ 

~Islam itu Indah~

Selasa, 13 September 2011

~ Ya Allah, Kuatkanlah diri kami ~

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Apa khabar iman kita akhir2 ini?? ... Alhamdulillah,, masih diberi kesempatan untuk bernafas, mengutip ilmu2 Allah yang xterkira bnyknya dan masih diberi masa untuk bertaubat... Allah...

Selesai hadapi ujian dariNya, dtg pula ujian yang lain... idup kita sebagai hambaNya xkan sunyi dari ujian yg pelbagai...
Semakin hari semakin mencabar ujian yg dihadapi... jika tiada ilmu dan iman dlm diri, mungkin diri ini sudah berputus asa... Na'uzubillah... mohon dijauhkan...

Akhir2 ini, my lovely class menghadapi pelbagai krisis... 


sedey,, hiba,, semua rasa ada.. :-( ...
Benarlah,, bidang agama bnyk n besar dugaannya..
Menjadi ustaz & ustazah nie... bnyk perkara nk kena jg...
Org sentiasa mencari kesalahan  & kelemahan kita.. 
Hatta para pensyarah sekalipun.. ada pndngn negetifnya...

Aduhai pendidik ... 
Peranan pendidik bukan menjatuhkan... tetapi membentuk para pelajar menjadi yang terbaik mengikut cara yang betul...
Lain pendidik, lain caranya ... ^_^

Ya Allah... kuatkan kami (hambaMu yg lemah) ini untuk hadapi ujian yg mendatang nie...
Timbul pula krisis sesama classmate... :-( ...
Teguran dikatakan sembuq...

Kenapa xnk berfikir perkara salah n halai-balai yg kita buat 2 beri kesan pada yg lainn... ???
Bila ditegur dan ditegur... hati mula memberontak...
sebb selama nie, segala yg ditegur hnya simpan dlm hati... bagai tidak ada perubahan yg nk dilakukan...

Kenapa harus kita begitu...?? Mungkn juga yg menegur silap caranya... tapi apa lg yg nk dilakukan jika tidak ditegur... Kita kena ingat, org yg menegur sebb nk perbaiki diri kita... Tapi benarlah,,, teguran mmg susah org nk trima...^_^... Lagi satu,, teguran juga susah nk cari cara yg sesuai ...

Mencuba sebaik mungkin mencari jln penyelesaian.. maaf dipinta... tapi ditolak serta-merta... bagi sahabat yg menghulurkan maaf... sedikit perasaan sedih muncul dlm diri... 

Kata kebanyakan org,, biarlah reda dahulu kemarahan yg tengah mendidih... mana mungkin hati yg telah berjaya syaitan pegang ketika itu,, mahu memaafkan dengan ikhlas,, bahkan mungkin maaf itu ditolak .. ^_^ ... 
"Org yg kuat itu,bukanlah org yg kuat fizikalnya, tapi org yg bleh kawal kemarahannya"

Bukan senang nk kawal kemarahan... time 2 semua xleh trima... Bila nk diadakan perbincangan... juga tidak setuju... 
Biarlah masa yg menyelesaikan...

Itula terjadi bila xjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan pertama yg perlu kita ikut...
Yang dok pikir, nk ikut kepuasan diri jaa...
ikutla jika rasa itu terbaik bagi diri kamu... 
Jika mmg Allah reda sebegitu...lakukanlah...

Bimbang... lebih mengutamakan rasa nafsu dari nk berfikir dengn akl dan iman... mungkin kerana dikaburi dengan rsa marah yg selama ini dipendam... 
Ya Allah.. sesungguhnya Engkaulah yg Maha Mengetahui ...

Alangkah ruginya kita yg berada dlm bidang agama, tapi kurang praktikkan apa yg dpelajari... Ya Allah... ampunilah kami atas kelemahan kami...

Memberi pengajaran buat diriku ....
Bagaimana gaya n cara depa yg sebenarnya...
Yang lebih mahukan diam dari berbncg menyelesaikan masalah..
Adakah cara itu bagus??? 
Masing2 bleh fikir... 


Alhamdulillah... segala yg berlaku mmg ada hikmahnya... kita ja yg slalu berfikiran negetif dgn ujianNya...
Diri nie semakin kuat, semakin boleh bersabar... 
Semoga sahabat2 ku juga rasa sedemikian...
Jangan bazirkan air mata kita hnya kerana hal nie...
Tapi menangislah kerana bnyknya dosa2 kita kepada Allah...
Ingatlah ALLAH sentiasa, nescaya hati akan tenang...

Ya Allah... istiqamahla diri kami atas jalan yang lurus... Janganlah pesongkan hati kami setelah Engkau memberi hidayah kepada kami...





Selasa, 6 September 2011

~ Tidak sia-sia ~

Bismillahirramanirrahim..

Assalamualaikum

Alhamdulillah..alhamdulillah.. alhamdulillah.... 

Hati terasa agak tenang, tenteram setelah percubaan yang dilakukan untuk berubah sedikit sebanyak menunjukkan hasil... Allahuakbar,,, syukur padaMu

Benarlah... Perubahan ke arah kebaikan mendatangkan rasa yang tenang jaa... 

Bagi diriku.... Muhasabah amatlah penting dalam kehidupan kita sebagai Muslim.. 
preview balik... apa yang kita jalani dan lakukan dalam kehidupan seharian nie mendatangkan keredhaan dan rahmat Allah atau tidak...

Tidak dinafikan... akhir zaman nie... bnyak dugaan yang menanti bahkan sudah ada yang kita telah tempuhi... Pelbagai kerenah duniawi yang boleh mempengaruhi diri kita... 
Nak berubah.... ada saja halangannya... 
Kenapa mesti ada halangan?? Kenapa mesti ada ja yang membuatkan kita kadang2 tersungkur lemah??

Kerana Allah hendak kuatkan kita... pandanglah dari segi positif...
Jika Allah xturunkan ujian dan dugaan buat kita...
Mana mungkin kita akan kuat... mana mungkin kita ada pengalaman...

Bagi diriku... mmg sukar untuk berubah... berubah ke arah kebaikan... kerana syurga bagiku amatlah mahal.. hanya Muslim yang benar2 taat pada Allah yg layak masuk kedalamnya..
Allahuakbar... sentiasa terfikir " Adakah aku layak ke syurgaMu ya Allah"

Ya... perubahan yang dilakukan adalah untuk mencari keredhaan Allah dan rahmatNya... pada siapa lagi kita mahu bergantung jika bukan kepada Pencipta kita... kerana Dialah segalnya...

 Kekadang lemah...kekadang pujuk diri untuk kuat...

Moga diriku terus istiqamah dengan perubahan yang sedikit ini..
Ya Allah.. moga Kau sentiasa bersamaku....
Terasa begitu bahagia kerana dengan izinNya... diri ini meninggalkan kampung halaman dengan aman...
Kerna selama hnya resah gelisah..

~Perubahan yang tidak sia-sia~

^_^ ... banyak lagi yang perlu perubahan pada diri yang mmg fitrahnya lemah...
Allah..Allah...


~ Mutiara Islam ~

Ukhuwah Fillah... ^_^