Blogger Backgrounds

Followers

~ Renungan Bersama ~

Waktu2 Penting

Sabtu, 26 Februari 2011

Tazkirah buat kita...

بسم الله الرحمن الرحيم

Apa khabar iman kita hari nii kan ?? adakah sihat,, adakah demam atau telah kritikal???
ya...iman manusia turun naik... kalau macm 2..kita kenala sentiasa muhasabah diri kita setiap hari..kan??
sentiasa ingin kearah lebih baik...
bukan mudah ..tapi kita kena jugak..

bawah nie ada sikit perkongsian dari ana...
moga perkingsian ini bermanfaat untuk kita semua...

Wasiat Imam Syafi’e

Renungan sejenak buat kita semua.

Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”
1: HAK KEPADA DIRI. Iaitu:
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan,
mengurangkan percakapan dan berpada-pada
dengan rezeki yang ada.

2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu: Mengqadhakan
kewajipan-kewajipan yang tertinggal,
mendapatkan kemaafan dari orang yang kita
zalimi, membuat persediaan untuk mati dan
merasa cinta kepada Allah.

3 : HAK KEPADA KUBUR iaitu : Membuang tabiat suka
menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata,
memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu
orang yang dizalimi.

4: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Iaitu : Tidak berdusta,
berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat
menasihati.

5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN
AMAL PADA HARI KIAMAT) Iaitu : Menahan
kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan
amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG
MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat,
bersikap warak, suka membantu orang beriman
dan suka berjemaah.

7: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) Iaitu : Menangis
lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu
bapa,bersedekah secara terang-terangan serta
sembunyi dan memperelok akhlak.

8: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA
SYURGA) Iaitu : Berasa redha dengan Qadha'
Allah, bersabar menerima bala,bersyukur ke atas
nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan
maksiat.

9: HAK KEPADA NABI SAW Iaitu :
Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan
syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith),
menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam
mencari keredhaan Allah.

10: HAK KEPADA ALLAH SWT Iaitu : Mengajak manusia ke
arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran,
menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~ Mutiara Islam ~

Ukhuwah Fillah... ^_^