بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum....
وعن النعمان بن بشير رضي الله عنهما قال
قال رسول الله صلي الله عليه وسلم
" مثل المؤمنين في توادهم وتراحمهم وتعاطفهم مثل الجسد , إذا اشتكى منه عضو تداعى له سائر الجسد بالسهر والهمى
maksudnya : drpd Nu'man Bin Basyir r.a berkata :
Telah bersabda Rasulullah s.a.w. :
" Perumpamaan org-org yg beriman itu dlm hal mereka saling cinta-mencintai, kasih-mengasihi dan bertimbang rasa sesama mereka, adalah seperti sebuah tubuh badan . Apabila mana-mana anggota ditimpa penyakit maka seluruh badan akan turut serta berjaga mlm dan merasakan demam. "
( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )
Alhamdulillah... bersyukur padaMu Ya Allah kerana ketenangan hati yang Kau kurniakan padaku untuk ke berapa kalinya... Subhanallah..
Indahnya persahabatan jika terjalin atas dasar keranaMu...
Dalam situasi aku diberikan ujian mengenai persahabatan, Kau kurniakan ketenangan kepadaku dengan persahabatan juga...Ya Allah...
Sesungguhnya Kaulah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaMu...
Sahabat yang sejati.. yang terjalin kerana Allah... walaupun dilanda ujian dan halangan... persahabatan tetap utuh..mencuba untuk lebih utuh... supaya ujian yang besar kemudian dapat diatasi dengan berbekalkan iman dan sabar..
Ujian dalam persahabatan sgt2 memerlukan kesabaran yang tinggi..keimanan yang kukuh..
apabila kita punyai mslh..bergantunglah pada Allah ... jgn bergantung pada manusia 100%...
kerana Allah yg menciptakan kita semua... x gitu..??
sekarang kalu dilihat, diteliti,,, kita lebih bnyak bergantung pada manusia...
koreksi diri kita msg2... sebanyak mana kebergantungan kita pada Allah samada waktu susah atau senang...
" eh..nasibla ada kau kan..kalu tidak,, habislah aku hari ini... "
" kalu aku xusaha dulu, xdala aku berjaya skrang nie.."
penah kita kata mcm 2??? penah kita dgq ???
mesti penah kan... xpun yang seakan2 mcm 2...
ingat... segala apa yang berlaku pada kita...adalah rencana Allah...
berterima kasihla pada Allah.. sujud syukurlah kita sentiasa padaNya...
Dlam situasi ku sebentar tadi...
alhamdulillah... ALLAH kurniakan aku sahabat2 yang mengingatkan aku kepadaNya..
yang menaikkan kembali semangat ku ketika diuji olehNya..
ya...Allah beri ujian pada kita untuk kuatkan iman kita...
supaya kita lebih tabah untuk hadapi liku-liku idup nie,..
dan Allah beri kita ujian yang bleh kita pikul, yang kita dapat atasi...
Allah xkan bagi kalu kita xmampu nk lalui...
Setiap yang berlaku ada hikmahnya...
Alhamdulillah...
Kepada sahabat yang dikasihi..:
Ummi Syafiqah ... Ezzah ... Fatin .. Munirah..
Semoga ALLAH berkati kalian semua...
dipermudahkan urusan kalian...
& dikuatkan iman untuk sama2 kita hadapi idup ini...
Diri ini sgt2 bersyukur pada Allah...kerana mengurniakan insan2 yang membantu aku untuk kuatkan kembali diri yang kadang2 lemah dalam menghadapi kerenah2 duniawi...
semoga persahabatn yang terjalin ini diredhai Allah.. aminn
ukhuwah yang wujud antara kita akan aku hargai, dijaga baik2...
aku benar2 sayangkan kalian lillahita'ala...
Bukan bukan nk mencari ukhuwah yang benar2 ukhuwah..
susah senang bersama
saling tegur menegur dan berlapang dada bila ditegur..
saling ingat-mengingati..
sayang-menyayangi...
sentiasa memandu ke arah yang benar
susah bukan???
walaupun blaja kos agama...
tapi xramai yang berukhuwah kerana Allah...
Ya Allah...semoga aku dalam golongan yang berukhuwah keranaMu..
kerana aku benar2 sayang akan sahabat2 ku...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan