Blogger Backgrounds

Followers

~ Renungan Bersama ~

Waktu2 Penting

Isnin, 28 Februari 2011

~ Perbetulkan Niat ~

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..
Fikiran ini masih terbayang-bayang apa yang dibaca dlm satu group nie...
Ia membuatkan ana berfikir berulang kali..
ya...peringatan yang sangat ana hargai..
syukran pada insan tersebut
semoga dia berada dalam rahmatNya..aminn

"pernah tak anda merasa bangga dan suka bila anda menulis di ruangan ini? atau pun, anda bgga kerana apa yg anda tulis, mendpt perhatian ramai org? jika ada rasa sebegitu, segeralah beristighfar. itu adalah salah satu daripada perbuatan ujub(riak). jaga lah hati anda dgn sebaiknya."
Astaghfirullahal'azim...
Aku mohon keampunan Mu andai aku pernah merasa sebegitu.
inilah peringatannya.... 
bila difikir-fikir balik... mmg ada betulnya..
ya... kita sentiasa melakukan kesilapan..
itulah gunanya istighfar..
kadang2 kita xsedaq kan yang diri ini buat salah..
itulah gunanya sahabat n saudara seislam yang saling ingt-mengingati..

Alhamdulillah..
Ya Allah..aku bersyukur padaMu.. kerana Engkau beri aku peluang untuk kenal insan2 di group yang amat bermanfaat untuk aku..
Banyak ilmu dan bimbingan yang aku peroleh dari situ atas keizinanMu..
Alhamdulillah..

Setiap apa yang nk di postkan di mana2 samada fb, blog dan sebagainya..
sentiasa perlu letakkan niat yang betul..
niat untuk berkongsi dgn semua..
bukan dgn niat untuk menjatuhkan org..
kan..
atau dgn niat2 buruk yang lain..


Sabtu, 26 Februari 2011

Tazkirah buat kita...

بسم الله الرحمن الرحيم

Apa khabar iman kita hari nii kan ?? adakah sihat,, adakah demam atau telah kritikal???
ya...iman manusia turun naik... kalau macm 2..kita kenala sentiasa muhasabah diri kita setiap hari..kan??
sentiasa ingin kearah lebih baik...
bukan mudah ..tapi kita kena jugak..

bawah nie ada sikit perkongsian dari ana...
moga perkingsian ini bermanfaat untuk kita semua...

Wasiat Imam Syafi’e

Renungan sejenak buat kita semua.

Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”
1: HAK KEPADA DIRI. Iaitu:
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan,
mengurangkan percakapan dan berpada-pada
dengan rezeki yang ada.

2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu: Mengqadhakan
kewajipan-kewajipan yang tertinggal,
mendapatkan kemaafan dari orang yang kita
zalimi, membuat persediaan untuk mati dan
merasa cinta kepada Allah.

3 : HAK KEPADA KUBUR iaitu : Membuang tabiat suka
menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata,
memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu
orang yang dizalimi.

4: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Iaitu : Tidak berdusta,
berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat
menasihati.

5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN
AMAL PADA HARI KIAMAT) Iaitu : Menahan
kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan
amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG
MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat,
bersikap warak, suka membantu orang beriman
dan suka berjemaah.

7: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) Iaitu : Menangis
lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu
bapa,bersedekah secara terang-terangan serta
sembunyi dan memperelok akhlak.

8: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA
SYURGA) Iaitu : Berasa redha dengan Qadha'
Allah, bersabar menerima bala,bersyukur ke atas
nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan
maksiat.

9: HAK KEPADA NABI SAW Iaitu :
Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan
syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith),
menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam
mencari keredhaan Allah.

10: HAK KEPADA ALLAH SWT Iaitu : Mengajak manusia ke
arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran,
menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


Isnin, 21 Februari 2011

~ Sifat Malu ~



Myspace Picture Generator

Zaman mutaakhir telah menampakkan kita akan banyak kepincangan perilaku, merosotnya akhlak dan tersebarnya kemaksiatan.

Sebahagian manusia telah hilang rasa malunya kepada orang lain. Disebabkan hilangnya perasaan malu, pelbagai tingkah laku tidak senonoh telah ditonjolkan ke tengah-tengah masyarakat.
Malu adalah sebahagian daripada iman.

Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim.  Malah Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang sangat pemalu.

Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang gadis yang di dalam pingitannya.

Pentingnya memiliki sifat malu.  Ini adalah kerana dengan perasaan malu yang terdapat pada diri, seseorang muslim akan mencegah dirinya dari membuat perkara yang dilarang.
Dia akan malu untuk melakukan perkara tidak senonoh dan bermaksiat. Dia akan malu untuk pergi ke tempat yang tidak sepatutnya. Dia akan malu untuk cuba-cuba sesuatu yang mungkar.  Dia akan malu menzahirkan perilaku buruknya.  Kerana malu telah menjadi perisai dirinya.

Dari Abu Mas'ud Uqbah bin Amr Al-Anshari Al-Badri rodhiyallohu 'anhu Dia berkata: Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:

"Sesungguhnya sebahagian ajaran yang masih dikenal umat manusia dari perkataan para nabi terdahulu adalah: 'Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu." - (HR Bukhari)

Ajaran para nabi sejak dulu hingga nabi terakhir, Muhammad sallAllahu 'alaihi wasallam ada sebahagiannya telah luput.  Namun, malu adalah antara ajaran yang tidak luput hingga sekarang.  Ini menunjukkan bahawa malu mempunyai nilai yang tinggi di dalam agama.

"[I]Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu[/I]" bukanlah kata-kata galakan untuk manusia berbuat sesuka hati. Tetapi ia bermaksud ancaman buat manusia yang tidak mempunyai perasaan malu untuk berbuat kerosakan dan kemaksiatan.

Maksud ayat tersebut juga adalah ingin memberitahu bahawa malu adalah perisai kepada diri seseorang. Tanpa malu, seseorang akan terdedah untuk melakukan kemaksiatan.

Pernah diriwayatkan bahawa terdapat seorang Ansar yang memberikan nasihat kepada sahabatnya tentang malu. Beliau menyalahkan sahabatnya yang selalu malu dalam banyak hal.

Kebetulan ketika itu Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam sedang lalu dan terdengar perbualan mereka berdua. Baginda sallAllahu 'alaihi wasallam telah memberi pesan kepada orang yang memberi pesan kepada sahabatnya, dengan berkata:

"Biarkanlah dia, kerana malu itu sebahagian daripada iman."

Malah Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam pernah bersabda tentang malu yang mafhumnya:

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda:

"Iman itu ada tujuh puluh cabang lebih. Dan malu adalah salah satu cabang iman." (Shahih Muslim No.50)

Hadis riwayat Imran bin Husaini ra., ia berkata: Nabi saw. pernah bersabda:

"Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan." - (Shahih Muslim No.53)

Muslimin-muslimat sekalian,

Antara faktor kepincangan nilai di dalam masyarakat adalah hilangnya rasa malu dari dalam diri.

Anak akan mula mengangkat suara dan kurang ajar terhadap ibubapa akibat lunturnya malu.

Pelajar mula tidak hormat kepada gurunya apabila sudah hilang malu.

Lelaki mula melangkah ke tempat maksiat akibat dia membuang perasaan malu.

Perempuan mula tidak sopan di khalayak ramai kerana pudarnya malu.

Si gadis mula mempamerkan diri di khalayak ramai apabila kendurnya malu.

Pasangan bercinta mula berjumpa dan bercanda kerana mereka sudah tidak malu.

Orang ramai mula meminta-minta jawatan apabila cairnya malu.

Pengguna jalan raya mula melanggar peraturan jalan raya dan bersikap tidak beradab apabila kurang rasa malu.

Masyarakat mula dihinggapi perasaan ingin popular seperti artis dan menyanyi melalak terlolong akibat tidak malu.

Pemimpin mula menganggap jawatan dan amanah sebagai batu loncatan mengaut keuntungan apabila pudarnya malu.

Pemerintah mula melakukan kezaliman, juga akibat dari hilangnya rasa malu.  Dan macam-macam lagi.

Pendek kata, apabila rasa malu mula sedikit demi sedikit hilang dari seseorang, maka terbukalah pintu kemaksiatan dan fitnah bakal bermaharajalela. Sebab itulah sifat malu penting untuk seseorang jaga dan pelihara.

Jangan terpengaruh dengan sistem pendidikan barat yang mengajar anak-anak mereka agar tidak malu. "[I]Just Do It[/I]" antara kata-kata popular di kalangan remaja dan masyarakat.  Walaupun ada kebaikannya kepada diri dan masyarakat akan kata-kata itu, namun ia perlu diperhalusi.  Agar kaum muslimin tidak lari dari nilai agama yang diajar Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam.

Walaupun kita ummat ISLAM disuruh untuk memiliki sifat malu, namun dalam bab menuntut ilmu dan menyatakan yang haq kita seharusnya tidak terlalu dikongkong malu.

Malah, wanita-wanita ketika zaman Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam tidak menghalangi diri mereka dari bertanya dan mendalami ilmu pengetahuan.  Mereka tidak malu dalam menuntut ilmu.  Sifat ini wajar kita contohi.

Malah dalam pepatah Melayu juga ada mengatakan bahawa "Malu bertanya sesat jalan".  Ini menunjukkan bahawa dalam mengeluarkan diri dari kejahilan dan kekaburan, jangan kita malu untuk bertanya dan menimba ilmu.

Selain itu, rasa malu untuk melakukan kebaikan juga tidak patut ada di dalam diri manusia.  Kerana ALLAH subhanahu wata'ala menyuruh hamba-hambaNYA agar berlumba-lumba membuat kebaikan.Letaklah rasa malu di tempat yang sepatutnya.  Malulah dalam kebanyakan hal, namun dalam bab ilmu, menyatakan kebenaran dan mengejar ganjaran untuk berbuat kebaikan jangan pula malu menghalangi diri kita.

Namun, sifat malu tidak boleh juga dibuang apabila membuat ketiga-tiga perkara kebaikan tersebut.  Ini kerana malu akan menjadi sempadan diri agar tidak melampaui batas, walaupun dalam hal membuat kebaikan.

Mudah-mudahan ALLAH subhanahu wata'ala memberikan hidayah dan taufiqNYA kepada kita semua, amin.

Jumaat, 18 Februari 2011

~ Malam Kemuncak ~

                                      
Custom Glitter Text

~ Malam Kemuncak Karnival Penghayatan Solat ~

Alhamdulillah...selesai sudah program lujnah ku selama selama satu bulan 1 minggu...
Macm2 aktiviti dijalankan...
Terima kasih Ya ALLAH... 
Walaupun berlaku mcm2 masalah..rintangan dan ujian..
Alhamdulillah..tetap berjaya dilakukan..
Terima kasih atas kerjasama suma...
n satu lagi...sentiasa kena perbetulkan niat..sentiasa,,,
N trima kasih juga atas tunjuk ajar senior2 suma...semoga anda semua dirahmati Allah...aminn

~ Lujnah Tarbiyah ~
Walaupun bnyak meeting...^_^ ... tapi ianya mengajar aku sesuatu...alhmdulillah..
sentiasa kena tarbiyah diri sendiri.. bukan mudah untuk brada dlm lujnah nie...
ahli2nya yang baik2 blaka...alhamdulillah..
ukhuwah yang rapat...
Syukran Ya Allah kerana kau kenalkan aku dgn insan2 tersebut..
~ k.tikah...k.lela..k.sehah..k.una...k.husna.. nadiah..umi...ezah..nadhirah...


~ Puasa + lari pecut ~

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Apa khabar agaknya iman ari ni... eemm...aku agak terbabas arini untk mengawal perasaan...
Cepat benor mulut ni mengeluarkan kata2...astaghfirullahal'azim...
ampunkan dosa2 ku Ya ALLAH...
sesungguhnya aku juga insan biasa yang sering melakukan kesalahan...

Dalam Kelas :
Bentang pasal Solat Qasar dan Jamak...
rupa2nya bnyak benar ilmu mengenainya yang aku xtau...Allahuakbar..
Jahilnya aku...
Alhamdulillah..syukur padamu kerana ketentuanMu ini.( amik kos agama )
t aku post tentang tajuk ni ya..insyaallah..
kita kongsi sama2 ilmu yang bermanfaat niee...^_^

Sukan :
lepas habis kelas..terus kuaq g Giant (tempat fevret)
hihi...sempat lagi 2...
dhla ada sukantara..
eemm...sukantara petang tadi...lari pecut 400m..
ish2...xpenah2 aku cuba kat sek ritu...
Balik dri tmpt fevret...balik solat asaq dlu... pas2 trus p padang...
bila nk sampai dh..nmpak dari jauh,,,muslimat sayap bayan dh wat line...bersedia untuk lari...
aku apalagi...xdan nk rehat.. trus buang kasut n masuk line...
huhu...ketaq sungguh tadi..
Bila mula larian...cewah potong orang jer keje..hihik..
bila dh sampai separuh bulatan...tubuhku sudah letih...ingat nk mengalah ja...
tapi tetap pujuk ati ni... lari jer narah... jgn cepat mengalah...
sepanjang larian la dok bermonolog sendirian...memujuk diri..
mata tgk depan... cakap sendirian..jgnla tiup wisel lagi...
makin dekat,,,makin dekat
dan akhirnya selamat sampai ke garisan penamat... 
dan kedengaran bunyi wisel... 
alhamdulillah.... 
tapi mmg penat xterkata..mata jadi agak kabur,,kepala pening..
alhamdulillah...nasib xpengsan..





Alhamdulillah...puasa xmenghalang aku untuk lari pecut kan...
jgn pernah jadikan ia halangan...
n satu lagi...
usaha tangga kejayann..jgn cepat mengalah.. blom cuba blom tau.^_^







Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Khamis, 17 Februari 2011

~ Sedihnya ~

  بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalamualaikum...

Ya ALLAH.. Ya RAHMAN...
apa yang dh aku lakukan...
isk2...sedihnya ati nie..
habis kenangan2 dulu...
mana aku nk cari gambaq2 2 suma..
Allahuakbar,,

Yg tinggal gambaq2 kat maktab ni jer,,
Family, SMKTJ , SMKAS suma ilang...
Macam mana leh ilang nie???
waa... sedih+sedih+sedih= teramat sedih..
padahal gambaq jer

Ya Allah... tenangkanlah kembali hati ku nie...
ya,,mungkin da hikmah disebalik suma ni...
eemmm..senang sangat nangis..
benda kecik jer...
mungkin bleh blaja mcm mana rasanya kehilangan sesuatu...

habis suma kenangan ngan family ngan kawan2...
Xpa narah... kenangan itu sentiasa ada dlam ingatan ..
blaja untuk trima kehilangan,,,
nie baru ilang gambaq..
Allah beri ujian yang enti bleh atasi..
pujuk balik yer ati 2....
xmoo sedih2 dh...

~ Setiap yang berlaku, ada hikmah disebaliknya ~

Rabu, 16 Februari 2011

Mood : ~ Sukan ~

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Huhu...sakit prut jer arini kan.. 2la , makan pedas2 lagi.. dah tawu pwut xtahan..ish2... makan jugak..
Nak wat canna...dah fevret... 
xleh2..kena kurangkan jugak nie.. cian kat pewut kan...

Sekarang plak tgah musim sukan..ish2... time untuk keluarkan peluh... 
Bawu sihat badan ni kan... Bawu jantung pump dgn baik..^_^
Jantung belah kiri yer narah... 
jgan silap mcm tadi..memalukan jer...
eemmm..agak xslesa la kan wat aktiviti sukan dgn keadaan sakit perut...
tapi kena kuatkan semangat jugak...
jgan jadikan sebagai alasan..tau...

 Samala macm buat kerja dakwah...
xda dakwah yang senang kan...itulah cabarannya..
berdakwah atau nak ajak orang berdakwah... perlukan kesabaran yang tinggi dan dalam jangka masa yang panjang... ^_^
banyak ujiannya dalam kerja dakwah ni...
Tambahan nk ajak keluarga terdekat n sahabat terdekat...
kan..???

Balik kepada sukan...malam ni ada kawat sayap plak... caiyok2 sayap Bayan ( Biru )
Minggu n bulan yang agak sibuk...^_^
Dgn esaimen yang banyak...xterbuat lagi plak 2...
Ish2.. 
Sukantara tadi.. emmm...lari pecut alhamdulillah kutip mata untuk sayap..
Tapi...lompat jauh...isk2... batal plak walaupun lepas..
tapi lontar peluru lepas plak yer...
Itulah..kalu Allah nk bagi.. dia tetap bagi kan


xpa2...asalkan dh cuba sedaya upaya yer narah,,
^_^
jangan sedih2... 
 T untuk kawad,,,buat elok2...


...... Terharu+Syukur+Tersentuh+Kasih.......

بسم الله الرحمن الرحيم

Diri ini mudah untuk mengasihi seseorang..
Tapi sedikit sangat sahabat2 yang benar2 aku kasihi kerana kasihnya aku padanya kerana Allah.....
Ya...setiap kali jumpa sahabat baru..niatkan di hati..aku ikhlas berkawan dgnnya kerana Allah..
Barula ujian yang melanda persahabatn tetap utuh.. kan..?
Sentiasalah berharap yang terbaik dari Allah..
Kerana Allah lah yang menciptakan kita...

Malam ni... air mata berlinangan lagi...
Sesungguhnya aku benar2 bersyukur padaMu Ya Allah kerana kurniakan aku insan2 yang kasihkan aku keranaMu..
Bukan mudah untuk dapat kasih sayang dari seseorang sahabat,,,
Susah sgt bagi ku..
Sebab apa?? sebab sikit sgt yang bleh memahami aku...
iyakan... kawan di waktu gembira mmg ramai..
tapi bila diwaktu sedih,,susah.. bapa orang jew yg tetap setia dgn kita..

Akhir2 ni... hati aku cepat benar tersentuh dgn kata2 sahabat2 ku...
Diri ini terasa di jaga,, di ambil berat...
Hanya beberapa insan saja yang dapat mengalirkan airmata ku ini..
Betapa berharganya mereka dalam hidup aku.. 
Rahmat Allah itu luas Nadhrah..^_^



Walaupun dia jauh dari aku...aku tahu persahabatan yang terjalin ni berdasarkan kasih-sayang antara kami kerana Allah...
Nor Hanani Yazi..
Terima kasih atas semangat n nasihat enti pada ana...
ya..apa yang dh berlaku,,biarlah ia berlalu..^_^
Ana xkan biarkan kenangan itu melemahkan ana...
semoga enti sentiasa di bawah rahmat-Nya..
uhibbuki fillah ya ukhti ^_^


Disisi aku juga ada seorang sahabat yang benar2 faham aku...
walaupun perkenalan awal kami agak susah untuk jadikan kami sahabat baik.. :-)
Alhamdulillah...rencana Allah adalah sebaik2 rencana....
Nurul Nadiah Md Isa..
sayang enti..
syukran atas kasih sayang enti pada diri ini..
Semoga Allah permudahkan urusan enti...

Sahabat ana yang sedang menuntut dimatrik...
apa khabar agaknya ukhti?
Siti Alwani Rosli...
seorang yang cute walaupun garang ^_^
Ana sayang enti walaupun dulu enti kata enti bukan sahabat yang baik untuk ana...atau untuk sesiapa pun..
Tapi,,bagi ana..enti tetap sahabat baik ana dunia akhirat...
Setiap kali dapat sms dari enti..mesti bibir ni akan tersenyum..
kerana rindunya diri ini pada ukhti..
syukran juga atas kasih sayang yg enti berikan..^_^
Ya ALLAH... peliharalah dia dari kejahatan dunia serta maksiat yang berleluasa..
aku sayang padanya...^_^






~ Hari Yang Agak Memenatkan~


~ k18 ~
   
بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...selesai sudah sketsa kelas kan...
hari yang agak memenatkan walaupun cuti...
cuti sempena Maulidul Rasul...
اللهم صلى على محمد
Rasulullah S.A.W. yang disayangi...

Eemm..hari yang sibuk ngan persiapan tuk sketsa...
prepare last2 minute..mcm ni la jadinya..^_^
walaupun muslimin jer yang berlakon...tapi muslimat ttp berganding bahu menjayakan sketsa 2...
alhamdulillah
kali pertama plak 2...
Tapi asanya mcm lari tajuk la plak..^_^
Sebab ending xsempat nk buat...hihi.. 

Sebelum pertandingan pada malam hari tu..
muslimat berpenat lelah tuk sediakan makan tengah hari tuk satu kelas...
hihi...dahla satu dapur ja bleh guna...kesian...suma pakat lapar yer.. :-)
sebab lambat nk siapkan...
just menu yang simple..
  
Menunya ialah :
~ Sayur campur..
~ Sambal ikan bilis cmpur ubi
~ telur dadar
~ air import dari gerai.. ^_^

Ya...Terasa ukhuwah semakin rapat..
Makan dlam talam beramai2..
insyaallah...ukhuwah lilahitaala..^_^
sayang kamu suma...
~ Nadiah.. Zahirah.. Fatin.. Hazirah.. Fazriena.. Intan.. Aini.. Azimah n Ashikin..

Kepada muslimin...
~ Munir .. Syakir.. Zharif... Fikri.. Ismail.. Zamir..Shafirul.. Syahir.. Zul Fahmi n Nazrin..
Syabas atas lakonan antum sekalian....
harapnya kita bleh wat yang lebih baik masa akan datang t..
 Mahrajan akan menyusul...
Tengah siapkan mama zamir..^_^

Eemm...walaupun time berjalannya sketsa tadi kelam kabut.. mcm2 la... besala kan.. xpernah lagi..
Tapi kerjasama tetap berjalan ngan baik..^_^
Semoga ukhuwah kita smakin rapat lillahitaala... 


Diri ini bersyukur kerana dikurniakan insan2 seperti antum semua...( feeling la plak )
Syukran atas kerjasama semua...
Walaupun masing2 dari kita punyai kekurangan masing2..
Tapi ia tetap menggembirakan hati ini ^_^
Semoga kekurangan yang ada pada kita ditampal oleh kelebihan2 dari kita2 jugak...
pening x?? x kot..kan???
Apa2 pun...tetapkan niat dalam setiap perlakuan kita...^_^
Semoga setiap dari kita mencapai kejayaan dunia n akhirat,,,
Amiinnn...









Selasa, 15 Februari 2011

* Mestikah?? *

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

2.00 a.m.
awatla xtdo lagi nie???
Agaknya masih runsing memikirkan dua perkara yg terjadi hari nie kan......

Pertamanya....hafazan...
Pensyarah yang agak lepas percakapannya,,tapi untuk kebaikan pelajarnya juga,,,
kalu difikirkan balik apa yg dikatakannya...ada betulnya,,,
cuma bahasanya yang agak kasar...
then, terpulang pada diri kita samada kita nk amik dari segi positif atau negatif...kan??
Masih tertanya2 diri ini... teruk sangatkah bacaan ku sampai leh dapat _ _ _ _ _ _???
Ntahla.... Hanya Allah yang tahu...
Allahuakbar... tapi blom pastila Nadhrah,,,mungkin beliau lupa agaknya...
xbaik sangka buruk ....

Ya ALLAH... kenapa seringkali sangkaan buruk yg datang dulu??
Astaghfirullahal'azim...ampunilah dosa2 ku...

Apa yang pasti Nadhrah... enti kena amik yang positif... sahut cabaran beliau...
jangan putus asa cepat sangat... kalu putus asa lagila merugikan diri sendiri...
ya... pikir masak2 balik...jgn terlalu ikut perasaan... xelok...
Berusaha untuk lebih baik... caiyok2 Nadhrah...^_^
Ingat..niat enti blajar kerana apa???
bukan kerana nk markah yg baik.... tapi untuk cari redha Allah...
Untuk bantu agama Allah...


Yang keduanya...
ish2.. xpernah terpikir jadi mcm nie kan...
 Nadhrah & Nadhirah...
bezanya adalah huruf i jer...kan...
slalunya,,susah benar orang nk sebut nama aku dengan baik... 
apalah yang sukarmya..???
Kenapa skrang ni orang sekeliling kita slalu sgt amik serius hal kecik..
yela..salah sebut nama jer...
trus timbul gosip...Na'uzubillah...
Peliharalah aku dari fitnah duniawi Ya ALLAH...
Berilah aku kekuatn serta kesabaran...
untuk tempuh segala yang berlaku...
ya..ujian ini hanya sebahagian kecil dari ujianMu...
moga ada hikmah disebaliknya...
insyaallah..aminnn



Ahad, 13 Februari 2011

# Kurangkan Tidur #

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..

Alhamdulillah...terima kasih Ya ALLAH kerana aku masih diberi peluang tuk bernafas di muka bumi yang fana ini...untuk memperbaiki lagi diriku serta amalanku...

Pagi yang sungguh indah..nyaman jer...yela ...maktab yang dikelilingi ngan bukit n utan....^_^
Airnya yang sungguh sejuk..waa... dhla xbleh sejuk2 ni... tapi okla....masih bleh mandi

Eemm... bukan slalu aku xtdo ni...dh berkali2 niat xnak tdo... tapi...aiisshh...
dahla tido ni bleh dikatakan sebagai satu hobi...masyaallah...
kena ubah ni Nadhrah ooiii...
Xbaik tdo banyak2 ni..

"Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat?"
An-Naba'...ayat-9

Emmm... Allah beri tido bukan untuk jadikan hobi...
tapi untuk rehatkan badan,minda dan sama waktu dgnnya..
ingat 2..kena ubah yea cik narah...



Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.

ayat-17.. Az-Zariyat

Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).

ayat-18 .Az-Zariyat

Ingat2 balik...dh lama xwat qiam sendiri2 kan... alhamdulillah juga kat maktab ni slalu jugak ada program qiamnya... Alhamdulillah..syukur padaMU..


Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur ( 15 )

Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka ( 16 -As-Sajdah )

Ya ALLAH...sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Berkuasa.. kurniakanlah aku kekuatan tuk brubah kepada lebih baik..
banyaknya kekurangan pada diri ni..
rasa xlayak untuk SyurgaMu..
Tapi..aku xmahu masuk ke nerakaMu..
Nauzubillah...jauhkanlah aku dari azabMu..

Nadhrah.pertamanya..kurangkan tdur..
tidur banyak pun xbaik tuk kesihatan..


Kalu sayang iman...jgan buat perkara2 yang tidak berfaedah,,,
jaga iman sebaiknya...
kena kuat ... perlu sentiasa muhasabah diri,,,
dan istiqamah itu mesti ada dlm setiap perkara yg dilakukan...

Dan yg paling penting...ingat untuk apa aku diciptakan....


Jangan sia2 kan hidup kat muka bumi nii.... 





Rabu, 9 Februari 2011

~ Rindu seorang sahabat ~

بسم الله الرحمن الرحيم

DIri ini begitu terharu atas ingatan seorang sahabat yang dahulunya pernah aku salah faham padanya...
Allahuakbar... bila dia pergi jauh dariku untuk menuntut ilmu , hati ini baru terasa akan kehilangan dia...
terasa kehilangan dengan celoteh dan senyuman manis nya....
ya...dulu dia begitu sabar dengan sikapku padanya...
mungkin kerana kurang matang pada masa itu membuatkan aku berfikir yang tidak sepatutnya kepada seorang kawan...
Sungguh....sehingga sekarang aku masih rasa bersalah padanya dengan sikapku dahulu di SMKTJ....
jika tidak kerana aku curi2 membacanya diarinya mungkin aku xkan tahu sehingga sekarang akan kebaikan dan kesabarannya....
dan atas sangka baiknya ke atasku...
Subhanallah...
Syukran Ya ALLAH..
kerana Engkau mengurniakan seorang sahabat sepertinya..


Setelah aku tahu perasaan dia diperlakukan begitu,, aku sedar...aku perlu minta maaf pada dia..
Ya ALLAH ... berdosanya aku padanya...
itulah apa yang aku rasa masa tu..
Petang tu juga rasanya...aku jumpa ngan dia...
minta maaf padanya kerana baca diarinya tanpa izin..
dan aku bersungguh2 minta maaf padanya atas perbuatanku...
hehe...dua2 nangis petang 2....
alhamdulillah...aku sedikit tenang selepas minta maaf pada dia...


Angin...jika kau berhembus lembut melaluinya,,,katakan padanya..aku teman dia selamanya..
Air..jika kau mengalir disisinya..beritahulah padanya aku memohon maaf atas segalanya..
Burung..jika kau terbang melintasinya..sampaikan kataku ini padanya:
"kita dipertemukan dengan takdir Tuhan..kita bersama atas kasih persaudaraan.. kita dipisahkan kerana batas waktu seharian...namun kasih ini subur berpanjangan... malah dirimu tidak pernah kulupakan... meski kita jarang berhubung,, tapi doa padamu sentiasa ku panjatkan... 
semoga dirimu mekar dalam bimbingan Yang Maha Esa.."


pengajaran untukku...
semua apa yang kita lihat dengan mata kasar,,,tidak semuanya benar...
tidak semuanya seperti apa yang kita lihat pada luarannya...
kita xtau hatinya bagaimana...kan??
dan apa yang kita dengar dari orang lain...jgn percaya bulat2...



Nor Hanani Yazi...
Diri ini benar2 mohon maaf  pada ukhti...
atas kesalahan dulu...
samada yang enti tau atau tidak...
ana sedar sekarang,,ana benar sayangkan enti kerana Allah selepas kejadian itu...
syukran atas kesabaran enti yang telah membuka mata ana..^_^
ana benar2 sayang persahabatan ni..
Jaga diri ya kat sana...
Uhibbuki lillah ya ukhti...




ya... diri ini rindu pada seorang yang bergelar sahabat..
^_^
Moga enti sentiasa dalam jagaanNya...
aminnn...





~ Mutiara Islam ~

Ukhuwah Fillah... ^_^