Blogger Backgrounds

Followers

~ Renungan Bersama ~

Waktu2 Penting

Isnin, 19 September 2011

~ Marah : Bagaimana cara atasinya? ~

   
Custom Glitter Text



Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bernafas, memperbaiki diri sedikit demi sedikit dalam segala aspek...

Marah? Pemarahkah kita?? 



Sifat marah sangat berkait rapat dengan sifat sombong (ego). lagi besar ego seseorang tu, lagi besar marahnya. 

Kenapa mesti kita marah?? kadang2 sebab hal kecik ja, mudah benar kita melenting, kan?
Contohnya :
" isk, kenapa lambat sangat lampu merah nie?"
Kadang2 cikgu masuk ke kelas tanpa diduga pun bleh cetuskan rasa marah. " Kata xmau masuk, awat ada ja"

Banyak sangat perkara yang bila kita teliti balik, benda 2 xsepatutnya kita marah. Marah 2 biarlah bertempat.
Yela, kta nie manusia, kadang2 terlampias jugak marah 2...

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah nak tengok macam mana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah. Bila terjadi sesuatu 2, dahulukan dengan lafaz
" Inna lillahi wainna ilaihi raaji'un"

Cuba kita rehatkan diri dari kata2 "Kalaula" dan "Barangkali". 

Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah-lembut itu. Ahnaf menjawab : "Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada suatu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yg berisi daging panggang yg masih panas. 

Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemangang yg panas itu jatuh terkena anak kecil Qias. Menjerit-jeritlah si kecil itu. Kesakitan dan kepanasan itu telah menyebabkannya meninggal dunia. 

Qais dengan tenang berkata kepada hambanya yg sedang pucat dan menunggu hukuman "aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi mulai hari ini aku akan membebaskan kamu". Begitulah pemaafnya Qais bin Asim.

 Kata Ahnaf mengakhiri cerita, bukannya Qais tdk menyayangi anknya ttp Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah.


Marah apabila tidak dibendung, maka akan membawa kepada perkara di luar batasan. Perkara yang kecil bila disimpan kemas tanpa cuba diperbaiki dan memaafkan, lama2 akan meletus, susah nak reda. Dalam Islam, segalanya ada. Termasukla bagaimana untuk mengawal marah.


Pertama:
Melatih diri bersifat bersangka baik, sabar dan tenang dalam menghadapi apa2 jenis situasi. Bukan mudah kan nak jadi macam ni. Dan xramai orang yg sebegini. 

Kedua:
Hendaklah sesorang itu menguatkan jiwanya ketika mana dia hendak marah, ingat juga baik buruk marah yang akan dihamburkan dan ingat juga kelebihan orang yang menahan marah dan memaafkan kesalahan orang lain. Firman Allah swt :

"Org2 yg bertakwa ialah org yg berinfak baik diwaktu lapang ataupun sempit, dan org2 yg menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan org lain dan Allah mencintai org2 yg berbuat kebaikan"
(Ali-Imran:134)

Nabi SAW bersabda bermaksud :

"sesiapa yg menahan marah sedangkan dia mampu melepaskan marahnya Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di depan sekalian makhluk sehingga Allah memberinya pilihan untuk dia memilih mana2 bidadari"
(hadith riwayat Ahmad, Abu Daud & At-Tirmizi)

"tidak ada seseorang hamba menahan marah kerna Allah ta'ala melainkan Allah akan memenuhinya dgn keamanan dan keimanan"
(hadith riwayat Abu Daud)

Ketiga:

Meminta perlindungan kepada Allah Ta'ala daripada syaitan yg direjam. Firman Allah Ta'ala :


"dan jika syaitan datang menggodamu maka berlindunglah kepada Allah. Sungguh, Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui" (Al-A'raf:200)

2 org lelaki bermaki-makian di depan Nabi, salah seorang daripada mereka memaki seorang lagi dgn keadaan merah padam mukanya kerana kemarahan.
Nabi SAW bersabda maksudnya :

"sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah kalaulah kalimah tersebut diucapkan oleh org yg marah itu nescaya akan hilang kemarahannya iaitu aku berlindung dgn Allah Ta'ala daripada syaitan yg direjam"
(hadith riwayat Bukhari dan Muslim)




Keempat:

Kalu kita dalam keadaan marah, ubahla kedudukan kita. Dari berdiri kepada duduk.

Nabi SAW bersabda maksudnya :

"apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring"
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

Kelima:


Diam. Tidak berkata-kata. Sebab kadang2 bila bercakap boleh menambahkan kemarahan dan memburukkan keadaan. Dan bila kemarahan telah reda, akan terlintaslah rasa bersalah kerana melulu menghamburkan marah... Kadang2 diam itu lebih baik...  


Nabi SAW bersabda maksudnya :

"apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam"  Nabi saw mengucapkannya 3 kali"
(Hadith riwayat Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)



Keenam:


Berwuduk, di mana kemarahan datang daripada syaitan yg dicipta drpd api. Maka yg demikian, yg dpt memadamkan api ialah air yg dapat diperoleh daripada berwuduk demikian dengan izin Allah dapat meredakan kemarahan.. 



Nabi SAW bersabda maksudnya :


"sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk"(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

"Ketahuilah sesungguhnya kemarahan adalah bara yg marak menyala di dalam hati anak adam"
(Hadith riwayat Ahmad & Tarmizi)

Rujukan: Al-Wafi Fi Syarhil Arbai'in an-Nawawiyyah oleh Dr Mustafa al-Bugho dan Dr Muhyiddin Mistu.

Serba sedikit perkongsian bagaimana nak atasi kemarahan.. Sejujurnya diri nie pun xterlepas dari sifat mazmumah nie.. Baca, fahami dan amalkan cara2 atas nie... insyaALLAH... jika diniatkan kerana Allah, pasti lama-kelamaan mudah untuk kita kawal kemarahan dan mudah juga untuk kita memberikan kemaafan antara satu sama lain..


Siapa kita untuk mengadili dan menghukum sesama kita... Allah lebih berhak atas segalanya..


Benar, jika kita marah pada sesuatu atau seseorg, hakikatnya kita marah pada Allah. Na'uzubillah... boleh hayati kisah di atas. Sebab Allah yg telah mengatur segala-galanya untuk melihat dan menilai kita, sejauh mana kesabaran kita dengan ujian-Nya.


Muhasabah kembali diri kita.. Adakah kerap kita menghamburkan marah? xkirala pada manusia atau keadaan sekeliling... Kalu ditilik dan diteliti dalam2.. terlalu bnyk..


Sesetengah manusia juga, berbangga dgn sifat marahnya. Bagi individu sebegitu, sifat marahnya membuatkan org sekeliling menghormatinya..


Padahal, hanya dihadapannya shj ditonjolkan rasa hormat, puji dan segala yang berkaitan, tapi bila dibelakangnya, timbullah pelbagai rasa tidak puas hati, lantas terjadilah ghibah(mengumpat)...
Realitinya bnyk sebegitu...

Persoalannya, adakah dengan kemarahan akan menyelesaikan segal perkara? Masing2 ada pendapat tersendiri.. ^_^ .. kerna kita mmg dicipta berlainan sikap dan pemikiran...


Diri nie juga terlalu bnyk kekurangan dan kelemahan... Moga perkongsian ini sedikit sebnyak memberi manfaat sesama kita... Cuba sebaiknya menghindari diri dari sifat tercela ini...


^_^ .. Impian sebelum mencapai umur 30,, dapat mengawal marah yang cepatnya meletus dari diri... Alhamdulillah,, sedikit sebanyak dapat diatasi dengan izin-Nya...

Allah mendengar segala luahan dan aduan kita. Sebagai hamba-Nya yang fitrahnya mmg lemah, sentiasala berdoa dan meminta pada Allah.. letakkanlah kebergantungan hanya pada Dia. Kerna Allah xpernah mengecewakan hamba-Nya.. Subhanallah... ^_^ 

~Islam itu Indah~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~ Mutiara Islam ~

Ukhuwah Fillah... ^_^