Blogger Backgrounds

Followers

~ Renungan Bersama ~

Waktu2 Penting

Selasa, 5 Februari 2013

~ Hati2 Yg perlu Dijaga ~




Bismillah..

Selain menjaga kesihatan fizikal, Kesihatan ROHANI juga sangat perlu dititikberatkan...

Alhamdulillah, Allah menggerakkan hati2 kita memenuhi ruang2 majlis zikir.. Mudah-mudahan ilmu yang diperoleh diberkati dan dirahmati olehNya... 

Hari nie, kerana perkara kecil saja, membuatkan seorang rakan masam mukanya, xbercakap, gara2 hanya bergegas ke majlis zikir tanpa menunggunya setelah sms pelawa pergi  sekali... Kalu dah suruh tunggu, InsyaAllah tunggu.. Tapi, benda sekecil itu, aku terlepas pandang... Aku xpelawa diri untuk tunggu malah pergi dulu dengan sorang lagi rakan...

Xsedap hati, sms dihantar setelah teguranku padanya xberbalas 
" (nama), sori kalu bad mood sebab nadhrah , risau tgk msam+diam"

Direply : " xpe, trase je. Jgn Risau"

Dah ada yg trasa dgn kita, mestila risau kan... Ujian dalam persahabatan... Cara pergaulan kita dengan rakan2 pun kena berbeza sebab latar-belakang setiap mereka berbeza.. Ada yg mudah terasa, ada yang jenis xheran, ada yg ok jer .. 

Lepas nie kena alert... Jaga hati kawan2 ibarat kita nak jaga hati kita sendiri... InsyaAllah, jika kita nak org lain baik, jaga hati kita, kita yg kena mulai dengan jaga hati kawan2... 

Memberi itukan lebih bermakna daripada menerima... Walaupun dalam hati aku sendiri meronta2 mengatakan aku pun penah terasa hati dengannya, tapi biasalah tu.. Yang dah berlalu biarkan ia berlalu... Maafkan itu lebih baik...

Berdendam hnya menyusahkan hidup kita... Mohon kekuatan pada Allah sentiasa.. Walaupun kita beri madu dibalas tuba, yakinlah, yg memberi itu lebih baik... Hidup pun tenang. Jgn pikir apa yang kita dapat, tapi pikirlah apa yg kita akan beri.... Allah itukan Maha Adil, Maha Mengasihani... 


Mudah-mudahan rakan2 ku berada dalam rahmatNya... Dipermudahkan urusan... Dipanjangkan usia dalam keberkatan... Diampunkan dosa2 mereka... Doaku buat rakan2 ku... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~ Mutiara Islam ~

Ukhuwah Fillah... ^_^