Blogger Backgrounds

Followers

~ Renungan Bersama ~

Waktu2 Penting

Isnin, 14 Januari 2013

~ Masaaaa ~


Bismillah

Alhamdulillah atas segala yg kita nikmati dari hari kehari.... Nak coret2 skit biar nanti diri sendiri ingat2 slalu... 

MASA

Tadi mcam biasa, sebelum mulakan kuliah, Ustaz Z a.k.a Tutor kami yg disayangi beri motivasi kepada kami.. Itu mmg cara dia.. Lain dari pensyarah2 yg ngajar sebelum.. yela, lain org lain caranya...

Tapi, pastinya aku sangat suka cara dia, menaikkan keinginan kita untuk menjadi lebih baik dan lebih baik dari masa ke semasa.. Dlam kelas, Ustaz pasang apa yg direkodkan masa dia bawak keta tadi... Walaupun tgh drive, biar kita buat bnyak perkara dlm satu masa...  Sambil mendengar, beliau suruh kami catat...

Dari IKIM...

Masa, semua org dapat sama kan.. 24 jam sehari, xda yang lebih, xda yang kurang... Masa , kita xboleh nak nilai dengan nilai material.. Masa sangat mahalll... 

Ramai yg ckp, " aku xcukup masa", "aku tengah kejar masa nie"... Padahal kita sendri yang xpandai urus masa, Allah dah susun cantik dah... Xpatutla kan kata mcm 2... 

Bila kita bijak uruskan masa, bnyak kebaikan, kelebihan dan faedah yang kita dapat.. Kita rugi sangat bila xuruskan masa dengan betul. dahla xboleh berpatah balik dah...

Sekarang kerana urusan duniawi, ramai yg tinggal solat, lewat tunaikan solat (muhasabah diri sendiri jugak).. Kita kena guna masa yg Allah contohnyakan... Azan asar tanda dah masuk waktu solat Asar... Kita bergegas untuk solat dulu.. sebb masa tuu dah mmg tersedia untuk kita tunaikan solat.. 

Contoh lain nak bagi nampak skit, =) ... Seorg hamba Allah nie, buka 2 perniagaan. Jual kain dan kedai runcit. Dia xboleh campur duit keluar masuk dari 2 perniagaan nie. Kalu campur, mana nak tau untung dan rugi kan.. Jadi kena asingkan. Mcm solat jugala, dah masuk waktu solat 2, tunaikanlah solat jika tiada halangan yg melambatkan solat di awal waktu..

Faham x?? InsyaAllah, faham kot noh...=) .. Kita sangat rugi bila kita gunakan waktu solat untuk perkara yang lain... Penceramah itu nasehatkan, kita kena sentiasa ada di depan masa, kena menang, maksudnya kena pandai manage masa lakan... Kita xboleh ada belakang masa, alah dengan masa, sebb 2 yang timbul "masa" "alah" tu (masalah) .. 

 Ada caranya nak tambah masa...

Pertamanya, mestilah DOA.. contohnya tdi, berdoa tambahkan usianya supaya dia dapat lakukan ibadah2 dengn lebih baik utk hapuskan dosa2 dia.. boleh..

Kemudian, kena bekerjasama ... Wonder Pets tuu kan =) .  Apa yang penting? Kerjesama.. Bila kita buat sesuatu 2 dengan kerjasama, insyaAllah, bnyak masa kita boleh sepppp...  berbanding kita buat sorang2...

Mudah-mudahan, dapatla manage masa dengan baik.. Allah dah beri yang terbaik pada kita, kalu xjaga, kita jugak yg rugi kan..

Wallahu'alam        

    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~ Mutiara Islam ~

Ukhuwah Fillah... ^_^