Blogger Backgrounds

Followers

~ Renungan Bersama ~

Waktu2 Penting

Khamis, 3 Mac 2011

~ Kejohanan Sukan ~

بسم الله الرحمن الرحيم



Alhamdulillah...selesai sudah Kejohanan Sukan IPG Kampus Ipoh... syukur padaMu atas segalanya...
Pertama kali merasa suasana sukan di IPG... alhamdulillah...^_^


Dengan keindahan dan suasana yang nyaman dikelilingi bukit-bukau..^_^..
terasa seperti di kampung...
 Sayap-sayap di IPG...
- Sayap Helang ( merah ) , Sayap Bayan ( biru ) , Sayap Nuri ( kuning ) , Sayap Garuda ( hijau ) -
 dan ana adalah dari Sayap Bayan...
^_^



Ahli2 perbarisan ..^_^
Smile.... :-)

Maskod Bayan... :-)

Alhamdulillah...budak PAI banyak yang berikan kerjasama...
jgan pandang sebelah mata pada budak PAI..
^_^

Emmm... Perbarisan terbaik dapat kat Sayap Garuda...
siap ada princess lagi..^_^



dan khemah yang tercantik plak dimenangi oleh Sayap Nuri..


Mmg cantik kalu dipandang...^_^
tahniah pada Sayap Nuri...


Emm .. yang terakhir...juara keseluruhan dimenangi oleh Sayap Helang...
seperti yang dijangka kan..^_^





Selasa, 1 Mac 2011

~ Apa Yang Perlu ~

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..

Apa khabar iman hari ini?? semakin baikkah atau semakin parah... 
eemmm.. apa keadaannya pula nafsu kita???
  adakah semakin menjadi2??? atau sudah bleh dikawal sedikit sebanyak...

Allahuakbar... banyak benda nk kena ubah dalam kehidupan kita  nie... bukan mainan..nie kes serius nie.
jgan pandang ringan..


Dari perasaan malas, timbul pula rasa ingin bertangguh...
kemudian perkara2 tu jadi bertimbun...
bila dah bertimbun, mulala mencari cara pintas...
buat tidak kemas,tidak teliti dan tidak khusyuk..
kemudian halai balai jew kan...
then,hasilnya...adakah memuaskan??? tidak!!!
kerana apa???? masing2 da jawapan kan...^_^
 bila dah hasilnya tidak memuaskan,, mulala kita pikir yang bukan2
"apala salah aku ni??"
"napala bleh jadi macam ni??"
 "arrgghh,,geramnya"
 n macam2 lagi kan..

dah 2 bagi sesetengah orang mulala nk putus asa kan...
tapi bagi yang positif ,, dia akan brubah ke arah lebih baik...
mana yang jadi pilihan kita...???
semestinya kita semua ada jawapan masing2 ...^_^
Benda yang perlu diperbaiki...
  • elakkan dari rasa malas... atasilah rasa malas kita... 
  • jgan bertangguh...
  • kurangkan makan
  • kurangkan tidur
  • kurangkan ketawa,, senyum lah...
  • kurangkan panas baran 
rupa-rupanya bila list mcm nie ...bnyak yang kita kena ubah... nie baru skit..
itulah..kita mmg xsempurna... tapi berusahalah untuk brubah ke arah lebih baik..
kita xkan rugi kan kalu kita berusaha..malah leh dapt hasil yang lumayan lagi...







Isnin, 28 Februari 2011

~ Perbetulkan Niat ~

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..
Fikiran ini masih terbayang-bayang apa yang dibaca dlm satu group nie...
Ia membuatkan ana berfikir berulang kali..
ya...peringatan yang sangat ana hargai..
syukran pada insan tersebut
semoga dia berada dalam rahmatNya..aminn

"pernah tak anda merasa bangga dan suka bila anda menulis di ruangan ini? atau pun, anda bgga kerana apa yg anda tulis, mendpt perhatian ramai org? jika ada rasa sebegitu, segeralah beristighfar. itu adalah salah satu daripada perbuatan ujub(riak). jaga lah hati anda dgn sebaiknya."
Astaghfirullahal'azim...
Aku mohon keampunan Mu andai aku pernah merasa sebegitu.
inilah peringatannya.... 
bila difikir-fikir balik... mmg ada betulnya..
ya... kita sentiasa melakukan kesilapan..
itulah gunanya istighfar..
kadang2 kita xsedaq kan yang diri ini buat salah..
itulah gunanya sahabat n saudara seislam yang saling ingt-mengingati..

Alhamdulillah..
Ya Allah..aku bersyukur padaMu.. kerana Engkau beri aku peluang untuk kenal insan2 di group yang amat bermanfaat untuk aku..
Banyak ilmu dan bimbingan yang aku peroleh dari situ atas keizinanMu..
Alhamdulillah..

Setiap apa yang nk di postkan di mana2 samada fb, blog dan sebagainya..
sentiasa perlu letakkan niat yang betul..
niat untuk berkongsi dgn semua..
bukan dgn niat untuk menjatuhkan org..
kan..
atau dgn niat2 buruk yang lain..


Sabtu, 26 Februari 2011

Tazkirah buat kita...

بسم الله الرحمن الرحيم

Apa khabar iman kita hari nii kan ?? adakah sihat,, adakah demam atau telah kritikal???
ya...iman manusia turun naik... kalau macm 2..kita kenala sentiasa muhasabah diri kita setiap hari..kan??
sentiasa ingin kearah lebih baik...
bukan mudah ..tapi kita kena jugak..

bawah nie ada sikit perkongsian dari ana...
moga perkingsian ini bermanfaat untuk kita semua...

Wasiat Imam Syafi’e

Renungan sejenak buat kita semua.

Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”
1: HAK KEPADA DIRI. Iaitu:
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan,
mengurangkan percakapan dan berpada-pada
dengan rezeki yang ada.

2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu: Mengqadhakan
kewajipan-kewajipan yang tertinggal,
mendapatkan kemaafan dari orang yang kita
zalimi, membuat persediaan untuk mati dan
merasa cinta kepada Allah.

3 : HAK KEPADA KUBUR iaitu : Membuang tabiat suka
menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata,
memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu
orang yang dizalimi.

4: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Iaitu : Tidak berdusta,
berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat
menasihati.

5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN
AMAL PADA HARI KIAMAT) Iaitu : Menahan
kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan
amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG
MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat,
bersikap warak, suka membantu orang beriman
dan suka berjemaah.

7: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) Iaitu : Menangis
lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu
bapa,bersedekah secara terang-terangan serta
sembunyi dan memperelok akhlak.

8: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA
SYURGA) Iaitu : Berasa redha dengan Qadha'
Allah, bersabar menerima bala,bersyukur ke atas
nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan
maksiat.

9: HAK KEPADA NABI SAW Iaitu :
Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan
syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith),
menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam
mencari keredhaan Allah.

10: HAK KEPADA ALLAH SWT Iaitu : Mengajak manusia ke
arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran,
menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


Isnin, 21 Februari 2011

~ Sifat Malu ~



Myspace Picture Generator

Zaman mutaakhir telah menampakkan kita akan banyak kepincangan perilaku, merosotnya akhlak dan tersebarnya kemaksiatan.

Sebahagian manusia telah hilang rasa malunya kepada orang lain. Disebabkan hilangnya perasaan malu, pelbagai tingkah laku tidak senonoh telah ditonjolkan ke tengah-tengah masyarakat.
Malu adalah sebahagian daripada iman.

Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim.  Malah Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang sangat pemalu.

Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang gadis yang di dalam pingitannya.

Pentingnya memiliki sifat malu.  Ini adalah kerana dengan perasaan malu yang terdapat pada diri, seseorang muslim akan mencegah dirinya dari membuat perkara yang dilarang.
Dia akan malu untuk melakukan perkara tidak senonoh dan bermaksiat. Dia akan malu untuk pergi ke tempat yang tidak sepatutnya. Dia akan malu untuk cuba-cuba sesuatu yang mungkar.  Dia akan malu menzahirkan perilaku buruknya.  Kerana malu telah menjadi perisai dirinya.

Dari Abu Mas'ud Uqbah bin Amr Al-Anshari Al-Badri rodhiyallohu 'anhu Dia berkata: Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:

"Sesungguhnya sebahagian ajaran yang masih dikenal umat manusia dari perkataan para nabi terdahulu adalah: 'Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu." - (HR Bukhari)

Ajaran para nabi sejak dulu hingga nabi terakhir, Muhammad sallAllahu 'alaihi wasallam ada sebahagiannya telah luput.  Namun, malu adalah antara ajaran yang tidak luput hingga sekarang.  Ini menunjukkan bahawa malu mempunyai nilai yang tinggi di dalam agama.

"[I]Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu[/I]" bukanlah kata-kata galakan untuk manusia berbuat sesuka hati. Tetapi ia bermaksud ancaman buat manusia yang tidak mempunyai perasaan malu untuk berbuat kerosakan dan kemaksiatan.

Maksud ayat tersebut juga adalah ingin memberitahu bahawa malu adalah perisai kepada diri seseorang. Tanpa malu, seseorang akan terdedah untuk melakukan kemaksiatan.

Pernah diriwayatkan bahawa terdapat seorang Ansar yang memberikan nasihat kepada sahabatnya tentang malu. Beliau menyalahkan sahabatnya yang selalu malu dalam banyak hal.

Kebetulan ketika itu Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam sedang lalu dan terdengar perbualan mereka berdua. Baginda sallAllahu 'alaihi wasallam telah memberi pesan kepada orang yang memberi pesan kepada sahabatnya, dengan berkata:

"Biarkanlah dia, kerana malu itu sebahagian daripada iman."

Malah Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam pernah bersabda tentang malu yang mafhumnya:

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda:

"Iman itu ada tujuh puluh cabang lebih. Dan malu adalah salah satu cabang iman." (Shahih Muslim No.50)

Hadis riwayat Imran bin Husaini ra., ia berkata: Nabi saw. pernah bersabda:

"Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan." - (Shahih Muslim No.53)

Muslimin-muslimat sekalian,

Antara faktor kepincangan nilai di dalam masyarakat adalah hilangnya rasa malu dari dalam diri.

Anak akan mula mengangkat suara dan kurang ajar terhadap ibubapa akibat lunturnya malu.

Pelajar mula tidak hormat kepada gurunya apabila sudah hilang malu.

Lelaki mula melangkah ke tempat maksiat akibat dia membuang perasaan malu.

Perempuan mula tidak sopan di khalayak ramai kerana pudarnya malu.

Si gadis mula mempamerkan diri di khalayak ramai apabila kendurnya malu.

Pasangan bercinta mula berjumpa dan bercanda kerana mereka sudah tidak malu.

Orang ramai mula meminta-minta jawatan apabila cairnya malu.

Pengguna jalan raya mula melanggar peraturan jalan raya dan bersikap tidak beradab apabila kurang rasa malu.

Masyarakat mula dihinggapi perasaan ingin popular seperti artis dan menyanyi melalak terlolong akibat tidak malu.

Pemimpin mula menganggap jawatan dan amanah sebagai batu loncatan mengaut keuntungan apabila pudarnya malu.

Pemerintah mula melakukan kezaliman, juga akibat dari hilangnya rasa malu.  Dan macam-macam lagi.

Pendek kata, apabila rasa malu mula sedikit demi sedikit hilang dari seseorang, maka terbukalah pintu kemaksiatan dan fitnah bakal bermaharajalela. Sebab itulah sifat malu penting untuk seseorang jaga dan pelihara.

Jangan terpengaruh dengan sistem pendidikan barat yang mengajar anak-anak mereka agar tidak malu. "[I]Just Do It[/I]" antara kata-kata popular di kalangan remaja dan masyarakat.  Walaupun ada kebaikannya kepada diri dan masyarakat akan kata-kata itu, namun ia perlu diperhalusi.  Agar kaum muslimin tidak lari dari nilai agama yang diajar Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam.

Walaupun kita ummat ISLAM disuruh untuk memiliki sifat malu, namun dalam bab menuntut ilmu dan menyatakan yang haq kita seharusnya tidak terlalu dikongkong malu.

Malah, wanita-wanita ketika zaman Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam tidak menghalangi diri mereka dari bertanya dan mendalami ilmu pengetahuan.  Mereka tidak malu dalam menuntut ilmu.  Sifat ini wajar kita contohi.

Malah dalam pepatah Melayu juga ada mengatakan bahawa "Malu bertanya sesat jalan".  Ini menunjukkan bahawa dalam mengeluarkan diri dari kejahilan dan kekaburan, jangan kita malu untuk bertanya dan menimba ilmu.

Selain itu, rasa malu untuk melakukan kebaikan juga tidak patut ada di dalam diri manusia.  Kerana ALLAH subhanahu wata'ala menyuruh hamba-hambaNYA agar berlumba-lumba membuat kebaikan.Letaklah rasa malu di tempat yang sepatutnya.  Malulah dalam kebanyakan hal, namun dalam bab ilmu, menyatakan kebenaran dan mengejar ganjaran untuk berbuat kebaikan jangan pula malu menghalangi diri kita.

Namun, sifat malu tidak boleh juga dibuang apabila membuat ketiga-tiga perkara kebaikan tersebut.  Ini kerana malu akan menjadi sempadan diri agar tidak melampaui batas, walaupun dalam hal membuat kebaikan.

Mudah-mudahan ALLAH subhanahu wata'ala memberikan hidayah dan taufiqNYA kepada kita semua, amin.

Jumaat, 18 Februari 2011

~ Malam Kemuncak ~

                                      
Custom Glitter Text

~ Malam Kemuncak Karnival Penghayatan Solat ~

Alhamdulillah...selesai sudah program lujnah ku selama selama satu bulan 1 minggu...
Macm2 aktiviti dijalankan...
Terima kasih Ya ALLAH... 
Walaupun berlaku mcm2 masalah..rintangan dan ujian..
Alhamdulillah..tetap berjaya dilakukan..
Terima kasih atas kerjasama suma...
n satu lagi...sentiasa kena perbetulkan niat..sentiasa,,,
N trima kasih juga atas tunjuk ajar senior2 suma...semoga anda semua dirahmati Allah...aminn

~ Lujnah Tarbiyah ~
Walaupun bnyak meeting...^_^ ... tapi ianya mengajar aku sesuatu...alhmdulillah..
sentiasa kena tarbiyah diri sendiri.. bukan mudah untuk brada dlm lujnah nie...
ahli2nya yang baik2 blaka...alhamdulillah..
ukhuwah yang rapat...
Syukran Ya Allah kerana kau kenalkan aku dgn insan2 tersebut..
~ k.tikah...k.lela..k.sehah..k.una...k.husna.. nadiah..umi...ezah..nadhirah...


~ Puasa + lari pecut ~

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Apa khabar agaknya iman ari ni... eemm...aku agak terbabas arini untk mengawal perasaan...
Cepat benor mulut ni mengeluarkan kata2...astaghfirullahal'azim...
ampunkan dosa2 ku Ya ALLAH...
sesungguhnya aku juga insan biasa yang sering melakukan kesalahan...

Dalam Kelas :
Bentang pasal Solat Qasar dan Jamak...
rupa2nya bnyak benar ilmu mengenainya yang aku xtau...Allahuakbar..
Jahilnya aku...
Alhamdulillah..syukur padamu kerana ketentuanMu ini.( amik kos agama )
t aku post tentang tajuk ni ya..insyaallah..
kita kongsi sama2 ilmu yang bermanfaat niee...^_^

Sukan :
lepas habis kelas..terus kuaq g Giant (tempat fevret)
hihi...sempat lagi 2...
dhla ada sukantara..
eemm...sukantara petang tadi...lari pecut 400m..
ish2...xpenah2 aku cuba kat sek ritu...
Balik dri tmpt fevret...balik solat asaq dlu... pas2 trus p padang...
bila nk sampai dh..nmpak dari jauh,,,muslimat sayap bayan dh wat line...bersedia untuk lari...
aku apalagi...xdan nk rehat.. trus buang kasut n masuk line...
huhu...ketaq sungguh tadi..
Bila mula larian...cewah potong orang jer keje..hihik..
bila dh sampai separuh bulatan...tubuhku sudah letih...ingat nk mengalah ja...
tapi tetap pujuk ati ni... lari jer narah... jgn cepat mengalah...
sepanjang larian la dok bermonolog sendirian...memujuk diri..
mata tgk depan... cakap sendirian..jgnla tiup wisel lagi...
makin dekat,,,makin dekat
dan akhirnya selamat sampai ke garisan penamat... 
dan kedengaran bunyi wisel... 
alhamdulillah.... 
tapi mmg penat xterkata..mata jadi agak kabur,,kepala pening..
alhamdulillah...nasib xpengsan..





Alhamdulillah...puasa xmenghalang aku untuk lari pecut kan...
jgn pernah jadikan ia halangan...
n satu lagi...
usaha tangga kejayann..jgn cepat mengalah.. blom cuba blom tau.^_^







Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

~ Mutiara Islam ~

Ukhuwah Fillah... ^_^