بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum..
Alhamdulillah...terima kasih Ya ALLAH kerana aku masih diberi peluang tuk bernafas di muka bumi yang fana ini...untuk memperbaiki lagi diriku serta amalanku...
Pagi yang sungguh indah..nyaman jer...yela ...maktab yang dikelilingi ngan bukit n utan....^_^
Airnya yang sungguh sejuk..waa... dhla xbleh sejuk2 ni... tapi okla....masih bleh mandi
Eemm... bukan slalu aku xtdo ni...dh berkali2 niat xnak tdo... tapi...aiisshh...
dahla tido ni bleh dikatakan sebagai satu hobi...masyaallah...
kena ubah ni Nadhrah ooiii...
Xbaik tdo banyak2 ni..
"Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat?"
An-Naba'...ayat-9
Emmm... Allah beri tido bukan untuk jadikan hobi...
tapi untuk rehatkan badan,minda dan sama waktu dgnnya..
ingat 2..kena ubah yea cik narah...
Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.
ayat-17.. Az-Zariyat
Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).
ayat-18 .Az-Zariyat
Ingat2 balik...dh lama xwat qiam sendiri2 kan... alhamdulillah juga kat maktab ni slalu jugak ada program qiamnya... Alhamdulillah..syukur padaMU..
Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur ( 15 )
Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka ( 16 -As-Sajdah )
Ya ALLAH...sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Berkuasa.. kurniakanlah aku kekuatan tuk brubah kepada lebih baik..
banyaknya kekurangan pada diri ni..
rasa xlayak untuk SyurgaMu..
Tapi..aku xmahu masuk ke nerakaMu..
Nauzubillah...jauhkanlah aku dari azabMu..
Nadhrah.pertamanya..kurangkan tdur..
tidur banyak pun xbaik tuk kesihatan..
Kalu sayang iman...jgan buat perkara2 yang tidak berfaedah,,,
jaga iman sebaiknya...
kena kuat ... perlu sentiasa muhasabah diri,,,
dan istiqamah itu mesti ada dlm setiap perkara yg dilakukan...
Dan yg paling penting...ingat untuk apa aku diciptakan....
Jangan sia2 kan hidup kat muka bumi nii....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan