Blogger Backgrounds

Followers

~ Renungan Bersama ~

Waktu2 Penting

Rabu, 26 Februari 2014



Bismillah..

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.. 

Orang kata kawan dan sahabat adalah dua perkara yang berbeza. 

Kawan mudah dicari tetapi tidak sahabat. Kita boleh berkawan 

dengan sesiapa sahaja dan memiliki seberapa ramai 

kawan yang kita mahu. 

Namun sahabat hanyalah untuk orang tertentu sahaja. Sahabat lebih

 akrab hubungannya. Susah senang segalanya boleh dikongsi 

bersama. Dan kerana itulah kita sering mendengar kata-kata seperti

 ini; “waktu kita senang, ramai kawan yang menghampiri, tetapi

waktu kita susah ramai kawan yang lari’. dan “kawan ketawa 

senang dicari, kawan menangis susah dicari”



Persahabatan tidak terjalin secara tiba-tiba tetapi memerlukan 

proses yang panjang seperti menajamkan besi. Persahabatan 

diwarnai dengan pelbagai pengalaman suka dan duka, dihibur, 

disakiti, diperhatikan, dikecewakan, didengar, diabaikan, dibantu, 

ditolak.



Antara perkara yang sering menyebabkan runtuhnya sebuah 

persahabatan ialah masalah perniagaan (wang), ketidakbukaan, 

ketidaksetiaan, perubahan perasaan, dan kehilangan kepercayaan.

 Mempunyai seorang sahabat sejati lebih berharga daripada seribu 

teman yang mementingkan diri sendiri. 

Memang tidak ramai antara kita yang mempunyai sahabat. Yang 

ramai ialah kawan. Mungkin ada orang menganggap pasangannya

 adalah juga sahabatnya. Dan tidak kurang juga yang menjadikan 

kawan sebagai sahabatnya. Yang pasti setiap daripada kita 

sekurang-kurangnya mempunyai seorang sahabat yang boleh kita 

berkongsi segala cerita. Dan juga sahabat itu sudah tentu kita 

percayakannya sepenuh hati. Sebagai seorang sahabat pula 

selayaknya  memegang segala amanah, menyimpan segala rahsia

 sahabat itu tadi. 

Kepercayaan antara salah satu perkara penting dalam bersahabat. 

Hilangnya kepercayaan sahabat kepada kita pasti meruntuhkan tali 

persahabatan. Sekali kita merosakkan kepercayaan seorang sahabat

 kepada diri kita susah utk dia mempercayai kita. 



1. Peganglah rahsia sahabat anda dengan baik kerana ia 

melambangkan nilai diri anda sebenarnya. 

2. Jangan sekali-kali bercerita hal keburukan orang. Bercerita 

perihal keburukan orang sebenarnya akan memberi kesan negatif 

pada diri anda. Orang akan menilai anda daripada sikap anda itu. 

3. Peliharalah rahsia orang terutama sekali hal-hal yang melibatkan

 maruah seseorang. Walau seberat manapun rahsia tersebut 

simpanlah ia dengan rapi. 

4. Bercakaplah yang benar, tidak perlu mereka-reka cerita semata-

mata untuk meraih simpati orang. Apabila kebenaran terserlah tentu

  sekali anda akan dibenci dan tidak dipercayai. 

5. Jangan mengumpat di belakang, lebih baik mengata di depan 

walaupun ia akan menimbulkan pergaduhan. Ini adalah lebih baik 

daripada bermanis-manis muka di depan tetapi menikam kawan 

dari belakang. 

6. Berlaku baik dengan ikhlas bukannya disebabkan ada ‘agenda’ 

disebalik kebaikan itu. 



Teman itu layaknya cermin, jika engkau ingin mengetahui dirimu, lihatlah dengan siapa engkau berteman. Rasul saw bersabda,

المؤمن مر آه (اخيه)المؤمن
Seorang mukmin merupakan cerminan saudaranya yang mukmin.” 

HR. Al-Bukhari dalam Al-Adabul Mufrad, no. 239; Abu Dawud, no.4918 [Ash-Shahihah, no. 926])

Memilih teman bukanlah perkara remeh, Islam memerintahkan kita untuk memilih siapa yang menjadi teman kita. Rasulullah saw bersabda,

المرء على دين خليله فلينظر احدكم من يخالل
Seseorang itu berada pada agama teman karibnya, maka hendaklah salah seorang di antara kalian melihat siapakah yang dia jadikan teman karibnya.” 

(HR. Abu Dawud, At-Tirmidzi, dan Ahmad)





Dalam Islam, faktor memilih kawan amat dititikberatkan. 

Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, 

kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk 

personaliti individu. 

Sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih

 sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. 


 Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan 

penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, 

manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan 

mencarikkan baju kita.” 

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai 

berpesan kepada anak lelakinya ; “Wahai anakku, sekiranya 

engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka 

hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :  


1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu. 

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan 

membalas balik persahabatan kamu.

3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan 

membantu kamu. 

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia

 akan menerimanya dengan baik

5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, 

dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu. 

6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan 

menutupnya. 

7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan     

mengusahakannya. 

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia 

akan menanyakan kesusahan kamu. 

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan 

meringankan kesusahan kamu. 

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan 

membenarkan kamu 

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan      

membantu kamu. 

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang      

 mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.  

13. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang 

melakukan perkara buruk dan maksiat. Dia mendorongmu 

mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. 






Adat dlm berkwn, pasti bukan sentiasa harmoni ... pastinya dilanda ombak juga kengkadang.. =) .. Benarlah, yg susah senang itu bukan mudah utk kita temui... Kita pulak kawan yang bagaimana? 

Kadang2, buat diri nie terfikir .. Aku kena jadi kawan yg baik kepada kawan2 aku... Sedikit demi sedikit aku tanamkan kasih pd mereka... Sedikit demi sedikit aku cuba berubah utk menerima sikap2 mereka yg pelbagai... Aku cuba, cuba dan cuba... Dan sebagai manusia biasa, aku pun boleh terduduk kecewa bila ada diantara kawan yg xmngmbil berat perasaan aku seperti aku mengambil berat tentangnya... Biasalah... mungkin kecewa itu terjadi bila kita meletakkan harapan yg tinggi pada makhluk yg pasti binasa.. 

Kadang2 kita anggap dia rapat dgn kita, tapi dia hnya anggap kita kawan2 biasa sj... Sungguh, kita xtau apa pandangn org pada kita.. Tapi biarlah apa yg kita lakukan, baik dipandangan Allah...  

Harapan itu biarlah hnya pada Allah. Bergantunglah hnya pada Allah wahai narah...

Bila aku rasakan bakal mencetuskan perbalahan... cara yg aku usahakan sekarang, berdiam diri @ ubah ton suara (tenang) @ ubah topik lain... Biarlah jika pendapat kita tdk didengari.. tapi pastikan kita ada stand sendiri.. =)

Hati perempuan... mudah benar terguris... Bagiku, jika mereka meminta maaf pada aku, ianya dh cukup buatkan hati aku lembut balik.. =) .. Sungguh, meminta maaf itu seperti punyai kuasa utk naturalkan aku.. 

Doa dalam diam tanda kita sayang.. =)

Lebih baik kita doakan sentiasa buat insan2 yg kita sayang... utk umat Islam ... Allah tu sentiasa mendengar permintaan hambaNya.. 

Bersahabat biarlah diniatkan kerana Allah... Masuk syurga biar sama2... Teguran yg diberikan tnda kita ambil berat... Nak tarik dari tergelongsor ke neraka... Sungguh, aku sgt hargai bila ada yg bagi teguran supaya aku dpt lagi perbaiki yg mana aku jahil.. 

Kau tau rasanya bila kita pikir tu teguran dari Allah?? =') .. Sebak, bersyukur, rasa disayangi...  Allah nk baikkan kita lagi.. Baiknya Allah... Memang, teguran datang dari pelbagai bentuk... Kadang2 sampai kita xsedar tu teguran darinya...

Jenis aku... biarlah yg tegur itu kata2nya tak sakitkan hati... Sbb aku lebih mudah menerima kata2 yg baik2... Xperlu guna kekerasan dgn aku.. Xperlu nk kata belakang... xperlu nk nasihat secara umum padahal hakikatnya ditujukan pada aku... xperlu nk sinis2.. Sungguh, lagi susah utk aku nk trima kalu beginilah caranya...

Sungguh, kalu ada apa yg tertanya2 ka, nk nasihat ka... Directlah pada aku... 

Moga kita bertambah soleh dan solehah dari masa ke semasa...  



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~ Mutiara Islam ~

Ukhuwah Fillah... ^_^